Kerajaan telah menetapkan setiap anggota perkhidmatan awam menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun mulai tahun 2008. Arahan ini bertujuan supaya semua pegawai awam memiliki ilmu dan pengetahuan mutakhir supaya kompeten semasa menjalankan tugas dan memberi perkhidmatan kepada rakyat disamping itu ia juga bagi memertabatkan modal insan yang mampu berdaya saing.
Bagi warga JKDM Sipitang, semua warga telah mencapai sasaran menghadiri melebihi 7 hari kursus pada bulan Jun lalu. Dengan pencapaian ini, stesen Kastam Sipitang merupakan salah satu stesen yang paling awal dimana para pegawainya telah mencapai 7 hari kursus sebelum akhir tahun. pencapaian ini dicapai adalah hasil daripada pelbagai kursus anjuran jabatan disamping program-program 'in house' yang dijalankan dan diambil kira sebagai kursus setelah melebihi masa yag ditetapkan.
No comments:
Post a Comment