Thursday, February 24, 2011

JKDM SIPITANG DILAWAT OLEH PELAJAR -PELAJAR SMPO II



                                 Pelajar mendaftar diri


                                          Anggota membantu para pelajar sebelum ceramah



                                         
Guru kaunseling turut serta dalam aktiviti
 para murid







                                      Ketua KAstam Daerah sedang memberi ceramah/taklimat





                                           Para pelajar tekun mendengar taklimat




                                           Ketua KAstam Daerah sempat berjenaka sambil
                                            memberikan taklimat

                                          Salah seorang daripada murid bertanya soalan semasa
                                          sessi soal jawab




                                          Jamuan  ringan disediakan kepada para pelajar

JKDM Sipitang telah dilawati oleh para pelajar dari SMPO II dalam rangka kerja lapangan berkaitan kerjaya yang leh diceburi di JKDM kerjaya. para pelajar diiringi oleh guru kaunseling Cik Sarahaini bt Mat Noor. Ketua Kastam Daerah tuan Harith Rahim telah memberikan taklimat kepada pelajar berhubung dengan fungsi JKDM. Selain itu juga taklimat berkaitan kerjaya di JKDM turut diberikan. Sessi taklimat berjalan  lebih kurang satu jam.  Selepas taklimat, para pelajar dan guru diberikan sedikit buah tangan serta jamuan ringan.

Tuesday, February 22, 2011

Ketua KAstam Daerah Sipitang bersama warga turut bererarak sempena maulid

Ketua KAstam Daerah Sipitang dan warga turut serta dalam perarakan sempena Maulidur rasul yang diadakan dari lawasan lapang Pejabat Bomba dan PEnyelamaat daerah Sipitang ke Dewan Serbaguna Sipitang. Perarakan bermula dari jam 8 pagi.








Friday, February 11, 2011

PERAYAAN HARI KASTAM SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SABAH DILANCAR OLEH PKN SABAH

Sambutan Hari Kastam Sedunia kali ke 29 peringkat negeri Sabah disambut dengan pelbagai acara. Peringkat kebangsaan telah lancarkan pada 27 Januari lalu di Kokmpleks Kelana Jaya Selangor oleh Y.B Timbalan Menteri Kewangan II, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein. Pagi tadi bertempat di bilik mesyuarat utama, Wisma Kastam Sabah, PKN Sabah Y.Bhg Tuan Haji Mohd Kassim Ismail melancarkan dan merasmikan sambutan Hari KAstam Sedunia peringkat negeri Sabah.

Sepanjang sambutan pelbagai aktiviti akan diadakan antaranya aktiviti sukan seperti futsal, badminton, bowling, bola sepak, hari keluarga disamping aktiviti kemasyarakatan. Pagi tadi dalam ucapannya Haji Mohd KAssim menggesa semua warga kastam supaya terus bekerja kuat demi mencapai hasrat dan cita-cita kepimpinan jabatan disamping memenuhi kepuasan stake holder dan pelanggan jabatan. Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana hasil daripada kerjasama semua pihak JKDM Sabah mencatatkan kutipan tertinggi pada tahunlalu, dan menyeru usaha diteruskan pada tahun ini.

Turut sama dalam pelancaran tadi adalah timbalan PKN Perkhidmatan Teknik Tuan Haji Janathan Bin Binbang, ketua-ketua kastam, ketua bahagian, dan ketua kastam daerah. Pagi tadi memulai acara adalah pemeriksaan barisan pasukan istiadat, seterusnya dibilik mesyuarat diadakan bacaan ikrar anggota kastam dan swasta. Manakala di ruang jalan kaki Jesselton Point berlangsung pameran JKDM.