Friday, February 26, 2010

KARIER DI JKDM BHG 2

Untuk menapak dari gred W17 ke W27 adalah amat senang, begitu juga dari W27 ke W41 amat mudah. Dengan syarat anda mempunyai keyakinan diri dan berusaha melalui jabatan. Jika sesetengah rakan anda bersusah payah memerah otak belajar sama da secara jarak jauh atau sepenuh masa termasuk juga secara sambilan, maka jika anda tahu peluang, anda hanya perlu berusaha sendiri dalam jabatan ini.

Selebihnya anda hanya perlu bekerja dengan tekun dan jujur. Anda hanya perlu mengambil dan lulus peperiksaan Kenaikan  Pangkat  Ssecara  Lantikan (KPSL). Peperkisaaan ini juga amat mudah dan murah berbanding belajar di institusi pengajian tinggi. Jadi apa lagi, jangan buang masa, ambil peperiksaan ini. Lain-lain tips akan dikeluarkan di edisi seterusnya.

Wednesday, February 24, 2010

KARIER DI JKDM

Mungkin ramai antara kalangan warga JKDM tidak mengetahui bahawa,peluang berkarier di JKDM terbuka amat luas. Atau mungkin juga ada kalangan warga yang tahu tetapi tidak berusaha bagi merealisasikan impian untuk meningkatkan karier dalam perkhidmatan, khususnya daripada kalangan gred W26 dan ke bawah.

Jika anda diberi peluang mendengar ceramah atau diberi tips mengenai peluang ini, adakah anda akan percaya atau sebaliknya?. Sebenarnya peluang kenaikan pangkat atau kenaikan gred yang lebih tinggi amat terbuka jika anda menyedari beberapa perkara. perkara-perkara yang tidak nampak ini lah yang perlu anda terokai dan rebut supaya anda tidak terlepas.

Saya akan menjelaskan siri demi siri mengenai peluang yang anda perlu rebut di JKDM khususnya anda yang berminat untuk memajukan karier dan mahukan mobiliti dalam soal kerjaya anda. Tunggu tips yang akan datang!

SEMINAR SEMPENA PENTAULIHAN RAKAN PEMBIMBING DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Satu seminar sehari telah diadkan di auditorium INTAN Sabah oleh JKDM Sabah dengan kerjasama JKDM Putrajaya. Dua kertas kerja telah dibentangkan dalam seminar sehari ini. Kertas kerja pertama telah dibentangkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia Y.Bhg Dato Khazali Hj Ahmad dengan tajuk "Peranan, Masalah dan Cabaran AKRAB". Antara lain dalam kertas kerja ini beliau menyentuh masalah-masalah yang dialami oleh pegawai  dalam JKDM dan peranan yang dapat dimainkan oleh AKRAB. Beliau berharap mereka yang telah ditauliahkan dapat berpegang kepada etika dan semasa melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Dari Jabatan Perkhidmatan Awam juga telah membentangkan  sebuah kertas kerja dengan tajuk 'Keberkesanan Pelaksanaan AKRAB dalam Perkhidmatan Awam" yang telah dibentangkan oleh Encik Sadli Osman.Antara lain dlaam pembentangan ini, En Sadli Osman menggasiskan AKRAB sebagai agen, mentor, atau role model di kalangan rakan dalam perkhidmatan. tambah beliau, pihak JPA telah 'membenihkan' AKRAB dan kini peranan agensi masing-masing pula 'membenihkan' di agensi pula.

PENTAULIAHAN RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM DI AUDITORIUM INTAN SABAH

Satu majlis pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam  (AKRAB) kepada pegawai-pegawai yang telah berjaya menamatkan tiga tahap kursus, berlangsung di Auditorium INTAN wilayah Sabah dekat Gayang, Tuaran Kota Kinabalu. Pegawai-pegawai yang  ditauliahkan adalah terdiri daripada pelbagai peringkat gred pegawai. Selaku rakan pembimbing, pegawai-pegawai ini akan membantu jabatan khususnya dalam menangani masalah pegawai yang dikenalpasti bermasalah dalam jabatan. Dalam mengisi pentaulihan ini, pada sebelah pagi telah diadakan seminar yang dihadiri oleh pegawai dari semua stesen dan W.P Labuan.

Tuesday, February 23, 2010

MOTIVASI OLEH CR TUAN ROSLAN MOHD YASSIN

Satu ceramah motivasi sempena dengan pentauliahan AKRAB telah diaakan di Dewan Seri Bayu di Plaza Tanjung Aru, oleh Kaunselor Tuan Roslan Mohd Yassin, Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknik Ibu Pejabat, yang juga merupakan kaunselor bertauliah atau KBPA( Kaunselor Bertauliah Perkhidmatan Awam). Dengan tajuk ceramah " WARGA CEMERLANG"  telah dapat menarik perhatin audian yang terdiri daripada para pegawai JKDM Sabah. Antara lain isi ceramah beliau adalah keikhlasan, sebagai asas dalam diri untuk cemerlang.

KURSUS MENJAWAB SOALAN PTK

JKDM menganjurkan dua hari kursus khusus bagi warga JKDM Sabah bagi persediaan menghadapi ujian PTK yang akan bermula pada awal Mac bagi semua kategori pegawai. Kursus dikendalikan oleh pegawai dari AKMAL Melaka dengan bantuan daripada pegawai Akademi JPJ. Kursus ini dianjurkan oleh Persatuan Pegawai Kanan dengan kerjasama JKDM Sabah.

Friday, February 19, 2010

5S - MULA DILAKSANAKAN DI JKDM SIPITANG

Pengurusan tertinggi JKDM Sabah telah mengarahkan semua pejabat JKDM melaksanakan sistem 5S bermula tahun 2010. Bagi JKDM Sipitang, pelaksanaan 5S telah mula dibuat dengan beberapa tindakan telah diambil sebagai gerak mula.

Fasa pertama telah dimulai dengan mendengar ceramah dan memahami konsep melalui pembacaan risalah, taklimat dan fasa kedua dilaksanakan dengan pembentukan pasukan kerja melalui mesyuarat pertama pada minggu kedua Januari lalu. Ini akan diikuti dengan lawatan pembelajaran penanda aras ke HOspital Sipitang yang akan diadakan pada 4.3.2010. oleh beberapa orang pegawai dari pejabat ini bersama pejabat Menumbok.

Dalam pada itu bagi memudahkan pengagihan kerja dalam pasukan, kedudukan pejabat telah 'dipecahkan' mengikut zon-zon tertentu. Zon-zon ini akan dijaga oleh pegawai masing-masing selain oleh kumpulan terlibat. Setiap zon akan ditanda dengan warna masing-masing supaya memudahkan  untuk dikenalpasti.

Sistem 5S amat berguna bagi menjaga kebersihan ruang pejabat.

PROGRAM KSA - DILAKSANAKAN DENGAN TUJUAN MEMAHIRKAN PEGAWAI

JKDM Sipitang melaksanakan program KSA ( Knowledge, Skill and Ability) sesuai dengan Perintah Tetap Perjawatan Bilangan 26. Dalam melaksanakan program ini, Ketua Kastam Daerah Sipitang Tuan Harith Rahim telah merancang pelaksanaan bagi enam bulan pertama dengan beliau sendiri memikul tanggungjawab sebagai penceramah selain memberi peluang kepada pegawai kastam kanan dan pegawai kastam mengasah bakat dan mempertajamkan ilmu perkastaman yang berkaitan dengan tugas-tugas yang dijalankan

Setiap minggu sekurang-kurangnya sekali program ini dijalankan.

GST - MENGGANTIKAN CJ DAN CP

Rang undang-undang bagi sistem pencukaian baru telah dibacakan buat kali pertama di Parlimen bulan November lalu. Mengikut perancangan kerajaan, GST (goods and service tax) akan dilaksanakan selewat-lewatnya Julai 2011 bagi menggantikan dua akta yang berjalan secara berasingan iaitu Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975. Dengan pelaksanaan GST kedua-dua akta berkenaan akan diganti oleh undang-undang baru iaitu Akta GST 2009.

  Dua orang petugas GST menjawab pertanyaan daripada orang awam yang hadir dalam taklimat berkenaan

Kearah pelaksanaan GST, beberapa siri penerangan dan taklimat ke seluruh negara giat dijalankan oleh petugas GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan kerjasama pihak Perbendaharaan. Di Kota Kinabalu, taklimat pertama telah dilaksanakan pada 7 Februari lalu.

Thursday, February 18, 2010

KOLEKSI GAMBAR SEMPENA SAMBUTAN HARI KASTAM SEDUNIA KE 28 DI AKMAL MELAKA

 
 Ketua kastam Daerah Sipitang bersma KKD menumbok (atas)

 bersama barisan ketua-ketua Kastam (bawah)



                                                                                                                          



Wednesday, February 17, 2010

KETUA PENGARAH KASTAM LAWAT PEJABAT SIPITANG

Ketua Pengarah Kastam Malaysia Y.Bhg Dato' Sri Hj Ibrahim Bin Hj Jaapar singgah ke pejabat JKDM Sipitang selama lebih satu jam pada 2.2.2010 dalam perjalanan menghadiri mesyuarat bilateral dengan pihak Kastam Diraja Negara Brunei yang  diadakan di Pejabat Jabatan Kastam Diraja Miri, Sarawak. Turut sama dalam mesyuarat berkenaan adalah Y.Bhg Datuk Hj Md Yusop Hj Mansor, Pengarah Kastam Negeri Sabah. Ketibaan  rombongan Ketua Pengarah Kastam Malaysia pada awal pagi sekitar jam 8.30 pagi itu disambut oleh para pegawai di JKDM Sipitang yang diketuai oleh Ketua Kastam Daerah, Penolong Pengarah Kastam Tuan Harith Rahim.

Semasa lawatan singkat oleh Ketua Pengarah Kastam, Ketua Kastam Daerah Tuan Harith Rahim, sempat memberi taklimat ringkas mengenai aktiviti jabatan yang dijalankan disamping keperluan dan kekurangan yang diperlukan oleh stesen JKDM Sipitang.

Selaku tetamu istemewa, Ketua Pengarah Kastam Malaysia  turut disajikan dengan hidangan buah-buahan tempatan seperti durian putih, durian kuning dan langsat selain jamuan minum pagi  seperti mee dan beehon goreng sebagai pengalas perut dalam perjalanan.

Semua pegawai sempat beramah mesra dengan ketua Pengarah Kastam Malaysia dan beliau sempat memberi kata-kata nasihat kepada semua pegawai dan turut merangsang minda pegawai supaya berkhidmat dengan amanah dan jujur. Tidak ketinggalan beliau sempat menyentuh mengenai pelaksanaan sistem pencukaian baru GST yang akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan mulai Julai 2011 depan.

Kepada Y.Bhg Dato' Sri Hj Ibrahim Bin Hj Jaapar, Ketua Pengarah Kastam Malaysia, terima kasih kerana sudi singgah di pejabat kami.

PRLAJAR POLY KUCHING SARAWAK SELESAI MENJALANI PRAKTIKUM DI JKDM SIPITANG

Seorang pelajar tahun dua dalam jurusan IT dari Politeknik Kuching Sarawak, Cik Mahira bt Mohd Azmil, yang juga berasal dari Kg Pantai Sipitang, telah selamat menjalani latihan industri di Jabatan Kastan Diraja Malaysia Sipitang selama enam bulan. Beliau merupakan pelajar pertama menjalani latihan industri di JKDM Sipitang.

Selama enam bulan bersama JKDM Sipitang, Cik Mahirah telah didedahkan dengan pelbagai aspek perkastaman dan pengurusan untuk dijadikan panduan apabila menempoh alam pekerjaan kelak. Majlis perpisahan telah diadakan sebaik saja pelajar menghabiskan tempoh latihan.

KOLEKSI GAMBAR KHIDMAT BAKTI MASYARAKAT JKDM DI KG KUALA MENGALONG