Monday, June 27, 2011

BAJU KORPORAT JKDM SIPITANG MENINGKATKAN IMEJ STESEN

  
Segak dan bergaya dengan baju korporat jabatan

Anggota JKDM Sipitang telah mula memakai baju korporat dengan menggunakan warna JKDM sebagai warna asas. Berpaksi dengan warna biru, kuning dan putih ia dapat meningkatkan imej JKDM khususnya di daerah Sipitang.

Baju korporat akan pakai apabila ada majlis-majlis atau  acara diluar pejabat yang tidak memestikan anggota dan pegawai untuk memakai pakaian seragam yang melibatkan pegawai peringkat stesen di daerah ini, antara lain termasuk menghadiri mesyuarat peringkat daerah.

Diharapkan dengan adanya baju korporat yang direka dan dibiayai sendiri oleh pegawai dan anggota di stesen ini akan dapat membantu jabatan dalam usaha meningkatkan imej jabatan di mata masyarakat.

Monday, June 20, 2011

PERDANA MENTERI LAWAT DAERAH SIPITANG

Perdana Menteri Malaysia., Y.A.B Dato Sri Mohamed Najib Bin Tun Hj Abd Razak, akan melawat daerah Sipitang pada 30 Jun 2011. Pelbagai program diatur sempena lawatan beliau yang melibatkan program belia, khususnya di Sipitang.

Beliau akan tiba dengan helikopter dan mendarat di padang Polis dan akan dibawa ke padang pekan Sipitang menaiki kenderaan khas. Di padang beliau akan disambut oleh ribuan rakyat daerah ini termasuk daripada pelbagai etnik. Setiba di pintu gerbang PM akan disambut dengan tarian tradisi pelbagai etnik dan akan melawat gerai-gerai etnik yang  telah didirikan bersempena GATA Sipitang 2011.

Selepas perasmian pesta GATA 2011, beliau akan merasmikan Esplanad Sipitang dan menyertai makan dan jamuan bersama rakyat di gerai sate esplanad Sipitang.

Meskipun program ini hanya akan mengambil masa sekitar dua jam, pelbagai program telah diatur antaranya program belia, sukan laut dan persembahan para motor glider oleh kelab sukan luncur udara Sipitang (KAWHAI). Dato Sri Najib merupakan PM kedua yang melawat Sipitang dalam tempoh 30 tahun. Rakyat pedalaman begitu teruja dengan lawatan PM yang telah dijadualkan 30 Jun nanti.

Wednesday, June 15, 2011

BEKAS JAGUH BINA BADAN DUNIA MR UNIVERSE DARI AUSTRALIA SINGGAH DI JKDM SIPITANG

15 Jun 2011, siapa sangka sebuah pejabat kecil di daerah Pedalaman iaitu Sipitang menerima pelawat  iaitu bekas jaguh bina badan dunia dari Australia era 1980an Mr Albert P Cordon. Beliau kini menceburi bidang perniagaan dan menjadi pembekal salah satu komoditi garam semula jadi yang berpengkalan di Australia. Beliau dalam rangka lawatan perniagaan ke  daerah  Sipitang selaku  membekal garam asli kepada syarikat Sabah Forest Industries Sdn Bhd.

Semasa dalam perjalanan bersama agen perkapalan yang mengangkut hasil keluaran syarikat beliau, Encik Eric Sung ke JKDM Sipitang, Mr Albert tidak keberatan untuk merakamkan gambar bersama anggota JKDM Sipitang. Kelihatan Mr Albert yang masih  kekal aktif dan berbadan sasa  walaupun telah berusia. Kelebihan Mr Albert adalah beliau fasih berbahasa Indonesia selain sifat peramah beliau. Terima kasih Mr Albert P Cordon.


               Kelihatan Mr Albert bergambar bersama warga JKDM Sipitang



Tinggi dan sasa orangnya, Mr Albert P Cordon jaguh bina badan dari Autralia era 1980an. Menurut beliau, dalam pertandingan bina badan peringkat dunia yang diadakan di Perth Australia Barat, beliau mendapat tempat kedua.