Wednesday, August 17, 2011

S. Jibeng : Musafir Di Aidilfitri (HQ Audio)

SUASANA HARI RAYA MULAI DIRASAI

Umat Islam diseluruh dunia sibuk mengerjakan ibadah puasa sempena Ramadhan. Setelah memasuki minggu ketiga umat islam berpuasa, suasana hari raya semakin terasa. Ini dapat dilihat melalui hiasan-hiasan di pusat-pusat membeli-belah selain dendangan lagu-lagu hari raya.

Pejabat-pejabat kerajaan juga tidak ketinggalan menghias sempena lebaran yang mendatang seperti memasang lampu-lampu beraneka warna disamping anyaman ketupat di dinding-dinding pejabat hasil kreativiti dan kerjasama sesama pegawai.

JKDM Sipitang dalam hal ini tidak ketinggalan dalam menyambut kemeriahan syawal yang bakal menjelma. Pejabat  telah dimula dihias indah dengan ketupat dan lampu hiasan dan suasana ini mendahului program 5S yang juga sedang rancak dijalankan.  Apapun kepada semua umat islam dan warga JKDM yang beragama islam selamat berpuasa dan meningkatkan ibadah serta menyambut hari raya aidil fitri wal fa'idzin daripada semua warga JKDM Sipitang.

Tuesday, August 16, 2011

PERHIMPUNAN SETIA DAN MESRA BULANAN 2011

Pemangku PKN Sabah, Tuan Haji Janatan Kandok, ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Setia dan Mesra bagi bulan Ogos 2011 telah menyatakan beberapa perkara antaranya  pihak jabatan melalui UPA negeri dapat menepis fitnah yang dilemparkan oleh golongan tertentu terhadap jabatan yang berterusan sejak akhir-akhir ini. Kata beliau bagi menepis tohmahan ini, pihak jabatan harus memperlihatkan segala kebaikan dan sumbangan positif yang telah diberikan oleh JKDM kepada negara dan masyarakat.

Sebagai contoh kata beliau, kita harus memperhebatkan  penyebaran peranan jabatan dalam memakmurkan negara dan kesejahteraan rakyat. Belia menambah bahawa perkhidmatan kastam mempunyai fungsi yang unik iaitu mempunyai peranan dua dalam satu dalam satu masa. Peranan yang dimaksudkan adalah mengutip cukai dan dalam masa yang sama menjaga keselamatan dalam bentuk sosial. Fungsi dedemikian kata beliau tidak banyak dilakukan oleh jabatan kerajaan yang lain.










Dalam majlis ini beliau turut menyampaikan hadiah harijadi kepada mereka yang lahir dalam bulan Ogos disamping menyampaikan sijil kepada pegawai yang telah memenuhi keperluan  tujuh hari berkursus. PSDM bulan Ogos dianjurkan oleh Bahagian Pematuhan.

Monday, August 1, 2011

TIMBALAN KETUA PENGARAH (PENGUATKUASAAN) BAKAL BERSARA

Datuk Md Yusop Hj Mansor, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Penguatkuasaan  akan bersara berkuat kuasa pada 8.8.2011. Majlis meraikan persaraan beliau telah diadakan di Shangrila Tanjung Aru Hotel pada 26hb. Julai lalu sempena mesyuarat penguatkuasaan yang diadakan di Kota Kinabalu.

Datuk Md Yusop merupakan seorang anak watan Sabah yang berjaya memanjat tangga tertinggi dalam heirarki jabatan iaitu sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kastam dengan Gred JUSA A, dan yang tertinggi pernah diduduki oleh anak watan Sabah.




Memulakan kerjaya sebagai penguasa kastam A22 sekitar tahun 80an dan pernah berkhidmat dibeberapa buah negeri seperti W.P Labuan sebagai ketua jabatan di samping pernah bertugas di Ibu Pejabat jalan Duta Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Beliau juga merupakan anak Sabah yang kedua yang pernah menjawat jawatan Pengarah Kastam Sabah selepas Datuk Rashid Bolong.

Dalam meraikan persaraan beliau, warga kastam Sabah khususnya warga JKDM Sipitang mengucapkan selamat bersara kepada Datuk dan didoakan bahagia dan diberikan kesihatan di dunia persaraan.