Monday, October 31, 2011

SERAH DAN AMBIL ALIH TUGAS KKD SIPITANG

Tuan Helmi Mohd Salleh Penguasa Kastam telah mengambil alih tugas sebagai Ketua Kastam Daerah Sipitang yang baru daripada tuan Harith Rahim yang akan memegang jawatan sebagai pegawai penyiasat di cawangan penguatkuasaan Kota Kinabalu.

Majlis ringkas serah dan terima tugas sebagai Ketua Kastam Daerah Sipitang yang baru diadakan di bilik Ketua Kastam Daerah Sipitang dan disaksikan oleh semua pegawai JKDM Sipitang. Sebelum majlis serah dan terima tugas, Tuan Harith telah memberikan taklimat ringkas mengenai tugas dan tanggungjawab selaku Ketua Kastam Daerah.



NASIHAT KETUA KASTAM YANG AKAN BERTUKAR

Ketua Kastam Daerah Sipitang yang akan bertukar ke Penguatkuasaan Kota Kinabalu, telah memberi amanat dan kata-kata nasihat serta perangsang kepada semua anggota JKDM Sipitang supaya menjaga nama baik diri dan nama baik JKDM.

Beliau berkata, beliau merasa sedihdan berat hati untuk meninggalkan JKDM Sipitang, namun dengan prinsip Berkhidmat Untuk Negara, terpaksa akur. Beliau seterusnya mendoakan semua anggota majujaya dalam karier masing-masing.

Beliau juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua anggota yang telah menunjukkan kerjasama yang baik dalam tugas masing-masing semasa beliau menjawat jawatan  sebagai Ketua Kastam Daerah Sipitang.



Tuesday, October 25, 2011

PiKK Abdulsan Melaporkan diri di JKDM Sipitang

PiKK Abdulsan Mammah telah melaporkan diri ke JKDM Sipitang menggantikan PiK Iznan Abidin. PiK Iznan bertukar ke Sandakan manakala PiKK Abdulsan dari Sandakan ke Sipitang.

Semasa melaporkan diri, Tuan Harith Rahim selaku Ketua Kastam Daerah Sipitang telah mengalu-alukan kedatangan bertugas dan mengharapkan PiKK Abdulsan dapat menyumbang idea, tenaga dan bakti ke JKDM Sipitang.



Selamat bertugas.

TUGASAN TERAKHIR HAMPIR BERTUKAR TRAGEDI

Kecekapan PiKK Tuan Haji Said Abd Hamid mengendalikan kenderaan jabatan semasa dalam perjalanan menghadiri Perhimpunan Setia dan Mesra yang diadakan pada 25.10.2011 telah menyelamatkan tiga orang pegawai JKDM Sipitang daripada mengalami kecederaan dan kemalangan. Berada dalam kenderaan berkenaan adalah Tuan Harith Rahim, Ketua Kastam Daerah dan PiKK Abdulsan Mammah yang baru bertukar ke JKDM Sipitang dan kali pertama mengikuti PSdM JKDM Sabah. Manakala tuan Harith Rahim adalah dalam tugasan terakhir sebagai Ketua Kastam Daerah sebelum bertukar secara rasmi pada hujung bulan nanti

Kejadian berlaku di jalan lama  Papar - Kota Kinabalu di satu selekoh berhampiran Hutan Lipur Kawang, dekat Kinarut, apabila 'drive arm' telah putus dua mengakibatkan steering tidak berfungsi untuk mengawal  roda depan.  Walau bagaimanapun akibat kecekapan  dan cara pemanduan PiKK Tuan Hj Said, keadaan dapat dikawal.

Majlis Perhimpunan Setia dan Mesra  tidak dapat dihadiri kerana tergendala dalam perjalanan. Bersyukur kerana masih dilindungi olehNya daripada sebarang musibah.

Monday, October 3, 2011

KETUA KASTAM DAERAH SIPITANG BERTUKAR

Ketua Kastam Daerah Sipitang, Tuan Harith Rahim akan bertukar ke Bahagian Penguatkuasaan  bermula pada awal bulan depan. Beliau yang telah berkhidmat di daerah ini hampir empat tahun akan bertugas sebagai pegawai siasatan. Ketua Kastam Daerah Sipitang akan diambil alih oleh Penguasa Kastam  Tuan Helmy  Mohd Salleh  yang berasal dari Papar dan kini bertugas di Bahagian Penguatkuasaan Pelesenan Cukai Dalam Negeri Tawau, juga akan melaporkan diri pada hujung bulan Oktober ini.