Monday, August 23, 2010

PERTEMUAN PERTAMA PKN BARU DENGAN PARA PEGAWAI KANAN

Pengarah Kastam Negeri yang baru Y.Bhg Tuan Haji Mohd. Kassim Ismail telah mengadakan perjumpaan buat kali pertama dengan ketua-ketua Kastam, ketua bahagian dan pegawai kanan termasuk pengerusi-pengerusi ngo's di Wisma Kastam Sabah  jam 9 pagi tadi. Tuan Haji Kassim sebelum ini adalah PKN Negeri Sembilan.

Sebelum memberikan amanat, Timbalan-timbalan PKN dan Ketua Bahagaian Pengurusan telah memberi taklimat mengenai fungsi dan peranan bahagian masing-masing.

Sebelum itu, Tuan Haji Janathan Binbang selaku pemangku pengarah telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan ucapan tahniah daripada seluruh warga JKDM Sabah  kepada PKN yang baru kerana telah diberikan kepercayaan serta tanggungjawab dengan  dinaikkan pangkat ke JUSA C sebagai PKN Sabah yang baru.

Dalam amanat pendek beliau, PKN yang baru telah menekankan beberapa perkara iaitu Pertama percaya mempercayai antara satu sama lain Kedua membuang syak wasangka dan hidup seronok dan kemesraan dalam sebuah keluarga Ketiga Komitmen terhadap tanggungjawab yang dipikul  dan yang Terakhir berlandaskan integriti dalam apa jua tindakan yang diambil dalam menjalankan tugas.

Beliau percaya dan yakin bahawa setiap orang mempunyai tanggungjawab dan ia perlu dilaksanakan bagi meneruskan kecemerlangan JKDM Sabah.

Akhirnya beliau menyebut bahawa orang yang paling baik adalah orang yang memberi kebaikan kepada orang lain, oleh itu kata beliau berbuat baiklah selagi ada kesempatan dan kuasa ditangan.

                                             Tuan Janathan sedang memberi ucapan alu-aluan

 
 
    
kelihatan pkn sedang beramah mesra dengan para pegawai kanan

Antara ketua-ketua Bahagian yang hadir

Selesai sesi perjumpaan, beliau bertemu dengan pihak wartawan sebagai sesi kenal mesra dengan pihak media.

No comments:

Post a Comment