Friday, August 27, 2010

AHLI PEMANTAU T15 LAWAT JKDM SIPITANG

Ahli pemantau T15 (Transformasi Kastam Menjelang 2015) Tuan Dr Mohammad Saprin telah melawat pejabat JKDM Sipitang dalam rangka memberi penerangan mengenai T15 kepada warga termasuk yang jauh di pedalaman seperti JKDM Sipitang.

Dalam lawatan ini Ketua Kastam Daerah Sipitang Tuan Harith Rahim sempat memberi penerangan sedikit mengenai aktiviti JKDM Sipitang kepada Tuan Dr Mohammad Saprin.

Sempena lawatan ini Tuan Dr Mohammad Saprin, selaku ahli pemantau T15 telah memberi penerangan mengenai latar belakang  3 CKRA ( Customs Key Results Area ) yang menjadi teras dan selaras dengan  ( National Key Result Area) NKRA, iaitu pertama Menceriakan warga Kerja yang meliputi kerjaya, persekitaran kerja dan kebajikan. Kedua Memantapkan Tadbir Urus terbaik Jabatan yang meliputi meningkatkan tahap pelaksanaan WCO SAFE FoS, Mengurangkan amaun ABT dan mempercepatkan tempoh pelupusan kenderaan rampasan dan,
Ketiga meningkatkan keberhasilan sistem penyampaian perkhidmatan kastam yang meliputi memudahkan urusan pelabur, meningkatkan pelepasan import, keputusan perjenisan dan fasilitasi perdagangan.

Dalam lawatan ini Tuan Dr Mohammad Saprin sempat berbincang dan mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh warga JKDM Sipitang.
                                                    Tuan Harith Rahim memberi penerangan mengenai 
                                                    JKDM Sipitang

 Tuan Dr Mohammad Saprin mendengar penjelasan

sebahagian warga turut mendengar mengenai T15 yang diterangkan oleh pemantau

Tuan Dr Mohammad Saprin 'upload' maklumat T15

Menandatangani buku lawatan
 Bergambar bersama sebahagian warga JKDM Sipitang

Thursday, August 26, 2010

PERHIMPUNAN SETIA OGOS 2010

Tuan Hj Janathan Binbang, Timbalan Pengarah Kastam Negeri Bahagian Perkhidmatan Teknik telah mewakili PKN bagi menyempurnakan Perhimpunan Setia dan Mesra bagi bulan Ogos 2010.

Dalam ucapan ringkasnya Tuan Haji Janathan beliau begitu yakin dengan kehadiran semua rakan-rakan timbalan serta ketua-ketua bahagian yang hadir dalam perhimpunan sedemikian. Beliau menyatakan bahawa sebagai sebuah jabatan yang dihuni oleh kumpulan manusia yang beroperasi untuk satu misi yang sama, maka semua peringkat manusia adalah sama penting tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Beliau mengambil contoh sebuah kereta yang mahal dan hebat akan tercacat hanya disebabkan oleh suatu perkara kecil iaitu  'wiper' yang rosak dan tidak berfungsi.

Beliau juga melontarkan isu kesetiaan sebagai bahan yang perlu ada dalam diri anggota jabatan. Selanjutnya beliau mengisahkan kesetiaan 'Hachiko' seekor anjing kepada pengembalanya seorang professor di Universiti Tokyo, Mr Ueno. Ringkasnya kesetiaan ini menjadikan seekor anjing menanti kepulangan tuannya Mr Ueno, selama 9 tahun yang tanpa diketahui oleh Hachiko bahawa tuannya telah lama meningggal semasa sedang mengajar di universiti. Penantian selama 9 tahun ini  berterusan di perhentian kereta api dimana Ueno berulang alik dari rumah dan ke empat kerjanya.

Ringkasnya kesetiaan seekor anjing ini yang kemudian nya, mati dalam penantian di stesen kereta api dan masyarakat sekitar stesen kereta api ini telah mendirikan sebuah tugu sebagai memperingati erti sebuah kesetiaan dan persahabatan meskipun itu hanya seekor anjing. Moralnya  kesetiaan adalah asas dalam sesebuah perhubungan sama ada  sesama rakan malah  kepada organisasi oleh anggotanya.
 Pengkisahan ini dapat dilihat melalui 'The true story of Hachiko the faithful dog di  www.youtube.com.

Perhimpunan setia seperti biasa diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada para pegawai yang lahir dalam bulan Ogos.

Tuan Hj  Janathan berucap mewakili PKN

                                     Barisan Pegawai Kanan yang hadir dalam perhimpunan bulanan

                                                 Penyampaian cenderamata kepada pegawai


                                                          Penyampaian kad hari lahir

Monday, August 23, 2010

PERTEMUAN PERTAMA PKN BARU DENGAN PARA PEGAWAI KANAN

Pengarah Kastam Negeri yang baru Y.Bhg Tuan Haji Mohd. Kassim Ismail telah mengadakan perjumpaan buat kali pertama dengan ketua-ketua Kastam, ketua bahagian dan pegawai kanan termasuk pengerusi-pengerusi ngo's di Wisma Kastam Sabah  jam 9 pagi tadi. Tuan Haji Kassim sebelum ini adalah PKN Negeri Sembilan.

Sebelum memberikan amanat, Timbalan-timbalan PKN dan Ketua Bahagaian Pengurusan telah memberi taklimat mengenai fungsi dan peranan bahagian masing-masing.

Sebelum itu, Tuan Haji Janathan Binbang selaku pemangku pengarah telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan ucapan tahniah daripada seluruh warga JKDM Sabah  kepada PKN yang baru kerana telah diberikan kepercayaan serta tanggungjawab dengan  dinaikkan pangkat ke JUSA C sebagai PKN Sabah yang baru.

Dalam amanat pendek beliau, PKN yang baru telah menekankan beberapa perkara iaitu Pertama percaya mempercayai antara satu sama lain Kedua membuang syak wasangka dan hidup seronok dan kemesraan dalam sebuah keluarga Ketiga Komitmen terhadap tanggungjawab yang dipikul  dan yang Terakhir berlandaskan integriti dalam apa jua tindakan yang diambil dalam menjalankan tugas.

Beliau percaya dan yakin bahawa setiap orang mempunyai tanggungjawab dan ia perlu dilaksanakan bagi meneruskan kecemerlangan JKDM Sabah.

Akhirnya beliau menyebut bahawa orang yang paling baik adalah orang yang memberi kebaikan kepada orang lain, oleh itu kata beliau berbuat baiklah selagi ada kesempatan dan kuasa ditangan.

                                             Tuan Janathan sedang memberi ucapan alu-aluan

 
 
    
kelihatan pkn sedang beramah mesra dengan para pegawai kanan

Antara ketua-ketua Bahagian yang hadir

Selesai sesi perjumpaan, beliau bertemu dengan pihak wartawan sebagai sesi kenal mesra dengan pihak media.

Thursday, August 19, 2010

TURUT SERTA MENCERIAKAN BULAN KEMERDEKAAN

JKDM Sipitang tidak ketinggalan dalam menceriakan suasana sambutan hari kemerdekaan negara ke 53 dengan menghias dan memasang dan mengibarkan jalur gemilang di pintu pagar pejabat. Meskipun hiasan bendera pada tahun ini kurang berbanding dua tahun sebelumnya, namun ia bukan bermakna warga JKDM tidak patriotik dalam meraikan hari kebangsaan negara.

Tahun lalu di sekeliling pagar dihiasi dengan jalur gemilang, namun pada tahun ini disebabkan oleh langkah berjimat cermat kerajaan, perbelanjaan keatas perkara-perkara tertentu terpaksa dikurangkan.

Selamat menyambut hari merdeka ke 53..MERDEKA

KSA BULAN OGOS PTP BIL 11 DAN PTP BIL 14

Program KSA bulanan JKDM Sipitang diteruskan dengan giliran  PiKK Hj Said Hamid memberi ceramah berkaitan PTP Bil 11, iaitu pakaian, rambut, misai dan janggut. Dalam perintah ini dijelaskan cara-cara dan had-had pemakaian janggut, misai, jambang dan rambut yang dibenarkan dan kuasa melulus oleh pihak tertentu di peringkat ibu pejabat, negeri dan AKMAL, stesen dan bahagian.

Dalam program ini, Ketua Kastam Daerah turut memberi ulasan mengenai PTP bil 14, yang menentukan jenis pakaian dan lain-lain peraturan serta tatacara berpakaian seragam yang dikuatkuasakan oleh jabatan. Sementara itu beliau juga turut mengulas disebabkan PTP bil 11 masih belum dibatalkan, maka lunas pelaksanaan masih boleh digunapakai terutama sekali bagi kakitangan tidak berpakaian seragam khususnya bagi pegawai gunasama dalam jabatan. Kemudian pengecualian memakai pakaian seragam khususnya pada hari Khamis setiap minggu bagi pegawai kanan atau pakaian sesuai semasa menghadiri mesyuarat atau seminar anjuran jabatan lain.

Wednesday, August 18, 2010

TURNING LIABILITY INTO ASSET

In implementating 5S concept, organization should look into the  concept of recycle where some of the asset  was left abondoned for quite sometime can be used or reused. By adopting 5S concept, like old furniture, cabinets, racks and so on, can be used after a little refurbish such as applying some varnish or paint and putting some decorations.

Through bench marking and visits to some organization which was establish in implementing 5S concept, we noted that some office equipments was reused  after some refurbishment. Following this, JKDM Sipitang is applying the concept, by  turning of liability into asset, where some old office equipments is being reused after being refurbish.  This concept not only economical, but far inside its can inculcate cooperation and espirit de corp among the staff.

Monday, August 16, 2010

PROGRAM 5S DILAKASANA MESKI SEMUA PEGAWAI BERPUASA

Tidak mahu tertinggal dengan carta perbatuan yang telah dirancang dan ditetapkan, JKDM Sipitang tetap melaksanakan program 5S dalam bulan puasa meskipun semua pegawai mengerjakan ibadah puasa. Kini program ini dilaksanakan pada peringkat 'sapu' dan menyusun atur semula kedudukan beberapa peralatan pejabat bagi memberi keselesaan, kesesuaian dan keceriaan dalam susun atur peralatan pejabat. 


Target perjalanan 5S dijangka berganjak kepada pelaksanaan sepenuhnya pada bulan September/oktober depan sebelum pensijilan dapat dibuat.

Thursday, August 12, 2010

CUTI RAYA DAN GILIRAN BERCUTI RAYA

Masa begitu cepat berlalu, tanpa terasa kita sudah berada di bulan Ramadhan. Selesai Ramadhan kita akan merayakan hari lebaran. Bagi kakitangan yang seratus peratus beragama islam dan berkeluarga, memenuhi kehendak keluarga merupakan tanggungjawab namun dalam masa yang sama tanggungjawab terhadap jabatan juga amat dituntut.Justeru itu ada sesetengah stesen atau bahagian giliran bercuti perlu perancangan teliti. Ini kerana ramai anggota merancang untuk bercuti panjang sempena Syawal nanti.

Masalah timbul apabila ada sesetengah kakitangan ingin bercuti beberapa hari sebelum dan selepas hari raya, terutama sekali yang telah berkeluarga dan menetap atau berasal dari kampung berlainan termasuk dari daerah berjauhan. Jika cuti tidak dirancang dengan teliti ia bakal menjejaskan perkhidmatan  yang bakal disampaikan kepada pelanggan. Dalam masa yang sama anggota lain juga ingin mengambil cuti sama ada sebelum atau selepas hari raya. Tempat-tempat yang kritikal adalah bahagian atau unit yang mengamalkan tugasan giliran atau 'shift'.

Mengikut pengalaman semasa bertugas di bukit Kayu Hitam dan LTA Bayan Lepas Penang, dimana kedua-duanya sistem bekerja mengamalkan ugasan giliran atau shift. dalam keadaan ini biasanya rata-rata anggota yang beragama islam akan mengambil cuti panjang, maka cuti bergilir terpaksa dirancang mengikut tahun.
Biasanya yang menjadi mangsa adalah anggota yang kurang karenah atau kalangan mereka yang tidak balik kampung, sama ada ahli keluarga telah tidak ada atau atas sebab lain. Dalam keadaan biasa, selalunya anggota yang ditukar dari Sabah dan Sarawak akan mengambil tempat bertugas pada hari-hari raya begini.

Semasa bertugas di LTA Bayan Lepas antara tahun 2000 -2003, pengalaman bertugas di hari raya memang mencabar terutama sekali apabila takbir bergema dan hanya beberapa orang sahaja kalangan orang islam bertugas. Yang bertugas inilah masing-masing membawa juadah pada pagi raya dan hidangan dirasa bersama-sama umpama sebuah keluarga. Untungnya bertugas pada masa hari raya kita juga tidak ketinggalan menunaikan solat aidil fitri atau adha  dan kebali bertugas setelah selesai solat, sehinggalah  waktu shift tamat.

Mungkin bagi mereka yang bertugas mengikut waktu pejabat tidak menjadi masalah disebabkan cuti agak panjang termasuk hari Sabtu dan Ahad. Sebenarnya tidak ada bezanya antara di Sabah dan Semenanjung Malaysia berkaitan sambutan aidil fitri mahupun aidil adha, amalan kunjung mengunjung, hidangan rendang dan ketupat merupakan amalan biasa.

Sambutan  raya 2010 ini agak hambar bagi saya dan keluarga kerana kami baru saja kehilangan ibu/ibu mertua tersayang. Jika sebelum hari raya semua keluarga akan berkumpul memohon restu dan kemaafan daripada orang tua tahun ini pasti hambar. Oleh itu saya tidak merancang untuk cuti   sempena aidil fitri tahun ini, biarlah hanya para anggota saya mengambil cuti sempena lebaran ini.

GILIRAN MENYEDIAKAN MOREY WARGA JKDM SIPITANG 24.8.2010

Sebagaimana setiap tahun, warga JKDM Sipitang tidak ketinggalan mempunyai giliran bagi menyediakan juadah berbuka dan morey kepada para jemaah di Masjid Haji Hashim Pekan Sipitang. 

Pada tahun ini warga JKDM Sipitang telah ditetapkan untuk menyediakan juadah berbuka puasa dan morey pada 24.8.2010 bersama-sama dengan jabatan lain iaitu Perpustakaan Sipitang dan Ko-Nelayan Sipitang. kebiasaannya pada tahun-tahun lalu kutipan wang antara warga dibuat dan juadah dibeli daripada pembekal makanan di sekitar pekan Sipitang terutama sekali para peniaga di Bazaar Ramadhan.. Mudah-mudahan sumbangan yang sedikit ini mendapat barakah dan seterusnya amalan diterima di sisiNYA.

SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERIBADAH PUASA

Rasanya masih belum terlambat bagi warga JKDM Sipitang mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN dan SELAMAT BERPUASA kepada semua pengunjung blog ini khususnya yang beragama islam. Pada kesempatan ini, mudah-mudahan semua ibadah diterima ALLAH dan segala amalan  diberikan ganjaran yang sebesar-besarnya.AMIN

SEMUA WARGA JKDM SIPITANG CAPAI 7 HARI KURSUS

Kerajaan telah menetapkan setiap anggota perkhidmatan awam menghadiri kursus sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun mulai tahun 2008. Arahan ini bertujuan supaya semua pegawai awam memiliki  ilmu dan pengetahuan mutakhir supaya kompeten semasa menjalankan tugas dan memberi perkhidmatan kepada rakyat disamping itu ia juga bagi memertabatkan modal insan yang mampu berdaya saing.

Bagi warga JKDM Sipitang, semua warga telah mencapai sasaran menghadiri melebihi 7 hari kursus pada bulan Jun lalu. Dengan pencapaian ini, stesen Kastam Sipitang merupakan salah satu stesen yang paling awal dimana para pegawainya telah mencapai 7 hari kursus sebelum akhir tahun. pencapaian ini dicapai adalah hasil daripada pelbagai kursus anjuran jabatan disamping program-program  'in house' yang dijalankan dan diambil kira sebagai kursus setelah melebihi masa yag ditetapkan.

Tuesday, August 10, 2010

LAWATAN OLEH PASUKAN PEMANTAU 5S JKDM SABAH

 Sekali lagi pejabat JKDM Sipitang dikunjungi para pegawai kana,dan pada kali ini oleh pasukan penantau 5S JKDM Sabah yang diketuai oleh PKPK II, Ketua Pelabuhan Kastam Sepanggar tuan Hj Julaiman Soimin. Antara pegawai yang turut serta dalam kerja pemantauan ini adalah seorang Penolong Pengarah Kastam Tuan Shaari Abd Rahman dan dua orang Penguasa Kastam iaitu Puan Nurmildawati bt Tunjol dan Puan Patmawati Jubily

Dalam lawatan pemantauan ini, pasukan ini telah membuat penilaian sejauhmana pelaksanaan 5S di JKDM Sipitang. Pasukan pemantau telah melihat rekod-rekod dan persediaan serta kekemasan pelaksanaan, yang mana pasukan ini akan membuat laporan kepada pihak  pengurusan negeri mengenai tahap-tahap persediaan dan pelaksanaan oleh stesen-stesen mengenai  5S di JKDM Sabah sebelum permohonan pensijilan dibuat.

Semasa lawatan Tuan Harith Rahim telah memberi sedikit taklimat ringkas  mengenai pelaksanaan amalan 5S di JKDM Sipitang. Selesai kerja-kerja pemantauan, pasukan pemantau telah membuat 'exit conference' dan membincangkan masalah-masalah yang perlu ditambah baik dalam pelaksanaan amalan 5S di JKDM Sipitang


Senarai semak pelaksanaan dibacakan oleh Pn Patmawati


 

  

Exit conference dibuat oleh pasukan pemantau sambil diperhatikan 
oleh ketua pasukan pemantau tuan Hj Julaiman Soimin
  
                                 Para  pelaksana amalan 5S mendengar ulasan 
                                hasil pemerhatian  pelaksanaan amalan 5S 
                                oleh pasukan pemantau

SELAMAT BERTUGAS DATUK

Daruk Md Yusop Bin Hj Mansor telah dinaikkan pangkat dari Pengarah Negeri ke Timbalan Ketua Pengarah Kastam dan diberi tanggungjawab mengetuai bahagian pencukaian iaitu  perkastaman dan cukai dalam negeri termasuk (GST).


 Barisan pegawai Sebelum makan malam bermula

 bergambar bersama business community


Wajah-wajah ceria bersama datuk dan datin

Sempena meraikan majlis perpisahan dan sekali gus meraikan  kenaikan pangkat beliau baru-baru ini, satu jamuan diadakan di Dewan Sa'adah Wisma MUIS. Gambar kenangan diambil bersama rakan dari 'business community.

Tuesday, August 3, 2010

PEGAWAI DARI DBKK BUAT LAWATAN MUHIBBAH KE SIPITANG

Seramai tiga puluh orang pegawai dan kakitangan dari bahagian kesihatan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, melakukan lawatan muhibbah ke Sipitang. Rombongan ini turut dianggotai oleh rakan saya semasa di USM dahulu iaitu Tuan Benadick Oliver, pegawai tabdir kanan di DBKK. Beliau sempat singgah  ke  pejabat JKDM Sipitang bagi mengetahui perkabaran sahabat lama selain bertukar-tukar pendapat mengenai isu semasa.
Segak bergaya Tuan Benedick Oliver sebelum meninggalkan pejabat JKDM Sipitang

BUKTI KERJA SAMA RAPAT ANTARA PELBAGAI JABATAN

Ketua Kastam Daerah Sipitang, tuan Harith Rahim dengan diiringi oleh dua orang PiKK iaitu PiKK Tuan Hj Said Abd Hamid dan PiKK Jaimin Yacob, telah menyerahkan sijil penghargaan daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah, kepada anggota Bomba dan Penyelamat Sipitang yang telah memberi taklimat dan latihan penggunaan pemadam api di pejabat Kastam Sipitang pada awal bulan Julai lalu.

Kelihatan Encik Mazalan sedang menerima sijil daripada Tuan Harith Rahim denga disaksikan oleh pikk Tuan Hj Said (atas) dan PiKK Jaimin (bawah)

Sijil penghargaan telah disampaikan kepada ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang, Encik Mazalan.

Monday, August 2, 2010

TRIBUNAL RAYUAN KASTAM BUAT ROAD SHOW


           sebahagian anggota kastam yang hadir bersama orang awam


Tribunal Rayuan Kastam telah membuat satu road show bagio menerangkan fungsi dan objektif tribunal. Dalam rangka road show ini, ahli-ahli tribunal yang terdiri daripada Datuk Sarmin Md Hussin, encik Syed dan tuan Rungit Singh telah memberi penerangan kepada anggota kastam disamping orang yang berkepentingan khususnya kalangan yang berurusan dengan kastam.

Tribunal Kastam diperuntukan dibawah akta Kastam 1967 - seksyen 43, Akta cukai Jualan 1972 -seksyen 68, Akta cukai Perkhidmatan 1975 - seksyen 50, Akta Eksais 1976- seksyen 47. Tribunal ini bertujuan mendengar rayuan daripada pihak yang tidak berpuas hatii dengan sesuatu keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kastam Malaysia. Bayaran sebanyak RM 200. dikenakan ketika memfailkan rayuan kepada tribunal.

TKPK (K&CD) HADIR PADA KASTAM LIASON KOMITEE

Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri Y.Bhg Datuk Md Yusop Hj Mansor turun padang bagi menghadiri mesyuarat Panel Perunding Kastam Swasta. Y.Bhg Datuk mempengerusikan mesyuarat yang turut dipengerusikan bersama oleh wakil swasta. Dalam mesyuarat ini semua permasalahan antara swasta dan kastam dapat diatasi.