Thursday, September 30, 2010

KSA BULANAN STESEN

Bagi memastikan pegawai mendapat latihan secara berterusan kaedah latihan in-house, melalui konsep KSA dibuat mengikut jadual dan anggota JKDM Sipitang  dibimbing serta didedahkan memilih tajuk-tajuk yang bersesuaian dengan tugasan harian selain menambah pengetahuan mengenai isu-isu berkaitan perkastaman semasa.

Bagi bulan September dua tajuk yang dibawakan adalah PTKewangan Bil 17, iaitu pengeluaran resit dan pembatalan resit yang disampaikan oleh PIKK Jaimin Yacob

Sebelum itu PiK Zaini Md Said dengan tajuk Pemilikan Wang Saku Semasa Bertugas PTP Bil 7.
                                           PiK Zaini membacakan PTP berkaitan


                                          PiKK juga diberikan peluang mendengar....

Sebagai penyelia terdekat, dapat diperhatikan bahawa setiap pegawai mempunyai potensi jika mendapat bimbingan dan digilap secara berterusan.

Wednesday, September 29, 2010

SIPITANG AKAN MENERIMA PEGAWAI DAERAH YANG BARU

Pegawai Daerah Sipitang Tuan Abd Wahab Abd Hamid, akan bertukar dan menjawat jawatan baru sebagai Timbalan Setiausaha Tetap di Kota Kinabalu. Semasa berucap dalam rumah terbuka Pejabat Daerah Sipitang yang disekalikan dengan jamuan perpisahan beliau, Tuan Abd Wahab telah melahirkan rasa senangnya semasa memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah di Sipitang dari pertengahan tahun 2006 sehingga September tahun ini, dan berdamping dengan kalangan pegawai danketua-ketua jabatan. Walaupun beliau berasa sedih kerana bertukar, namun melahirkan harapan agar kerjasama dan kemesraan yang terjalin semasa beliau memegang jawatan sebagai pegawai daerah akan diteruskan kepada pengganti beliau oleh semua pegawai dan ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan di daerah ini.

                                                    Pegawai Daerah sedang berucap

                                                    Abd Wahab terkenal dengan senyuman yang manis


                                                    Menerima cendera kenangan daripada ketua jabatan negeri



                                                    yang datang  (kiri) dan yang pergi ( kanan) ....

Seterusnya beliau berharap daerah Sipitang akan terus membangun seiring dengan daerah-daerah lain di Sabah. Turut dijemput dalam meraikan perpisahan beliau dan jamuah rumah terbuka hari raya ini adalah ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan  di daerah ini.

Pegawai pengganti  beliau sebagai pegawai daerah  Sipitang adalah anak tempatan yang berasal dari kampung Melalia iaitu Tuan Latip Hj Amat, yang juga tidak kurang mempunyai pengalaman luas kerana pernah berkhidmat sebagai penolong pegawai daerah di daerah ini sebelumnya, selain di daerah kecil Membakut dan di Bahagian Keselamatan  di Jabatan Ketua Menteri.


Monday, September 27, 2010

RUMAH TERBUKA KETUA KASTAM DAERAH SIPITANG

Sempena Syawal 1431H, Ketua Kastam Kastam  Sipitang telah mengadakan rumah terbuka secara sederhana pada Selasa 21.9.10 yang lalu selepas waktu sembahyang maghrib. Semua anggota jabatan kastam dan keluarga dan rakan-rakan rapat dan anggota keluarga yang berkesempatan telah datang memeriahkan rumah terbuka tersebut.
                                        
                                          Bersama anggota JKDM Sipitang

                                          Anggota keluarga yang hadir
 
                                           Keluarga dan anak-anak

                              
                                           Kanak-kanak menikmati hidangan

 
                                           Menikmati hidangan raya

                                          Antara ketua jabatan yang hadir

Sunday, September 5, 2010

WARGA JKDM SABAH BERBUKA PUASA BERSAMA TYT

Warga JKDM Sabah berbuka puasa bersama TYT Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Bin Abdullah di surau Al abid., perumahan kastam jalan Sepanggar Kota Kinabalu. Turut hadir dalam majlis ini adalah Ketua Pengarah Kastam Malaysia Dato Sri Ibrahim Bin Hj Jaapar dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia      ( Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Selain itu ketua-ketua Kastam dan para pegawai kanan juga turut hadir memeriahkan majlis.

Dalam majlis JKDM TYT telah berkenan menyampaikan bantuan duit raya dan hamper kepada 32 orang penghuni rumah anak yatim Tambunan selain menyampaikan bantuan berupa kelengkapan masjid dan surau kepada surau dan masjid di sekitar perumahan kastam Sepanggar.
    Kelihatan KPK berbual mesra dengan TYT

                                  TYT menyampaikan bantuan kepada anak-anak yatim
 para pegawai kanan yang hadir

Thursday, September 2, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1431H

Saya Harith Bin Rahim Ketua Kastam Daerah Sipitang, mengambil kesempatan kepada semua rakan dan taulan serta pengunjung setia blog ini, mengucapkan Selamat Hari Raya aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.