Friday, November 18, 2011

Program MESRA Peringkat Daerah Sipitang

Sebuah program Mesra Rakyat (MESRA) anjuran Biro Pengaduan Awam (BPA) telah diadakan di Dewan Serbaguna Sipitang pada 03 November 2011. Program tersebut dirasmikan oleh Datuk Maznah Ghani selaku Timbalan Setiausaha Negeri Sabah.

Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Sabah telah diundang untuk menjadi panel untuk program itu. Berikut adalah gambar yang diambil sempena program tersebut.











Taklimat HRMIS

Pada 15 November 2011, sebuah taklimat HRMIS telah dijalankan bertempat di Bilik Mesyuarat, tingkat 2 di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Tanjung Aru Plaza, Kota Kinabalu. Taklimat tersebut dihadiri oleh para pegawai kanan dan pegawai kastam dari seluruh Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

 Ketika taklimat HRMIS berlangsung
 Para Pegawai Kanan yang hadir
 Tuan Harith(kiri), Tuan Tarmizi(dua dari kiri), Shilla(tengah), Cif Said Abd Hamid(kanan)
Cif Said Abd Hamid dan Tuan Harith Rahim
 PiK Shilla dan Tuan Harith
Antara pegawai kanan yang hadir semasa taklimat termasuk 
Puan Hajjah Norizam Hj Zakaria (PKPK 1)

Majlis Makan Malam Bersama Tuan Harith, Tuan Helmy & Staf SFI

Sebuah farewell dinner telah diadakan di Taipan Restaurant yang bertempat di SFI Motel. Berikut adalah gambar yang sempat diambil semasa jamuan perpisahan itu dijalankan..

 Cif Said Abd Hamid (Kiri), Tuan Harith Rahim (Tengah), Tuan Helmy (Kanan)
 Para staf JKDM Sipitang dan staf SFI
 Tuan Harith Rahim menerima hadiah perpisahan daripada pegawai JKDM Sipitang
 Para pegawai JKDM Sipitang bersama bekas Ketua Kastam Daerah Sipitang

Monday, October 31, 2011

SERAH DAN AMBIL ALIH TUGAS KKD SIPITANG

Tuan Helmi Mohd Salleh Penguasa Kastam telah mengambil alih tugas sebagai Ketua Kastam Daerah Sipitang yang baru daripada tuan Harith Rahim yang akan memegang jawatan sebagai pegawai penyiasat di cawangan penguatkuasaan Kota Kinabalu.

Majlis ringkas serah dan terima tugas sebagai Ketua Kastam Daerah Sipitang yang baru diadakan di bilik Ketua Kastam Daerah Sipitang dan disaksikan oleh semua pegawai JKDM Sipitang. Sebelum majlis serah dan terima tugas, Tuan Harith telah memberikan taklimat ringkas mengenai tugas dan tanggungjawab selaku Ketua Kastam Daerah.



NASIHAT KETUA KASTAM YANG AKAN BERTUKAR

Ketua Kastam Daerah Sipitang yang akan bertukar ke Penguatkuasaan Kota Kinabalu, telah memberi amanat dan kata-kata nasihat serta perangsang kepada semua anggota JKDM Sipitang supaya menjaga nama baik diri dan nama baik JKDM.

Beliau berkata, beliau merasa sedihdan berat hati untuk meninggalkan JKDM Sipitang, namun dengan prinsip Berkhidmat Untuk Negara, terpaksa akur. Beliau seterusnya mendoakan semua anggota majujaya dalam karier masing-masing.

Beliau juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua anggota yang telah menunjukkan kerjasama yang baik dalam tugas masing-masing semasa beliau menjawat jawatan  sebagai Ketua Kastam Daerah Sipitang.



Tuesday, October 25, 2011

PiKK Abdulsan Melaporkan diri di JKDM Sipitang

PiKK Abdulsan Mammah telah melaporkan diri ke JKDM Sipitang menggantikan PiK Iznan Abidin. PiK Iznan bertukar ke Sandakan manakala PiKK Abdulsan dari Sandakan ke Sipitang.

Semasa melaporkan diri, Tuan Harith Rahim selaku Ketua Kastam Daerah Sipitang telah mengalu-alukan kedatangan bertugas dan mengharapkan PiKK Abdulsan dapat menyumbang idea, tenaga dan bakti ke JKDM Sipitang.



Selamat bertugas.

TUGASAN TERAKHIR HAMPIR BERTUKAR TRAGEDI

Kecekapan PiKK Tuan Haji Said Abd Hamid mengendalikan kenderaan jabatan semasa dalam perjalanan menghadiri Perhimpunan Setia dan Mesra yang diadakan pada 25.10.2011 telah menyelamatkan tiga orang pegawai JKDM Sipitang daripada mengalami kecederaan dan kemalangan. Berada dalam kenderaan berkenaan adalah Tuan Harith Rahim, Ketua Kastam Daerah dan PiKK Abdulsan Mammah yang baru bertukar ke JKDM Sipitang dan kali pertama mengikuti PSdM JKDM Sabah. Manakala tuan Harith Rahim adalah dalam tugasan terakhir sebagai Ketua Kastam Daerah sebelum bertukar secara rasmi pada hujung bulan nanti

Kejadian berlaku di jalan lama  Papar - Kota Kinabalu di satu selekoh berhampiran Hutan Lipur Kawang, dekat Kinarut, apabila 'drive arm' telah putus dua mengakibatkan steering tidak berfungsi untuk mengawal  roda depan.  Walau bagaimanapun akibat kecekapan  dan cara pemanduan PiKK Tuan Hj Said, keadaan dapat dikawal.

Majlis Perhimpunan Setia dan Mesra  tidak dapat dihadiri kerana tergendala dalam perjalanan. Bersyukur kerana masih dilindungi olehNya daripada sebarang musibah.

Monday, October 3, 2011

KETUA KASTAM DAERAH SIPITANG BERTUKAR

Ketua Kastam Daerah Sipitang, Tuan Harith Rahim akan bertukar ke Bahagian Penguatkuasaan  bermula pada awal bulan depan. Beliau yang telah berkhidmat di daerah ini hampir empat tahun akan bertugas sebagai pegawai siasatan. Ketua Kastam Daerah Sipitang akan diambil alih oleh Penguasa Kastam  Tuan Helmy  Mohd Salleh  yang berasal dari Papar dan kini bertugas di Bahagian Penguatkuasaan Pelesenan Cukai Dalam Negeri Tawau, juga akan melaporkan diri pada hujung bulan Oktober ini.

Sunday, September 25, 2011

MAJLIS PERSANDINGAN PIK IZNAN MERIAH


















KETUA KASTAM SIPITANG DIJEMPUT MEMBERI CERAMAH MOTIVASI PELAJAR SPM DI SMK PG OMAR 11

Ketua Kastam Daerah Sipitang, Tuan Harith Rahim telah dijemput memberikan ceramah dan motivasi kepada para pelajar tingkatan lima yang akan menduduki peperiksaan SPM pada bulan November nanti.

Usaha untuk menjemput tuan Harith Rahim memberi ceramah dan motivasi ini bermula daripada lawatan para pelajar dari sekolah berkenaan beberapa bulan yang lalu. Dalam ceramah ini Tuan Harith Rahim menyatakan betapa kecemerlangan memerlukan usaha yang berterusan dan disiplin diri yang amat ketat. Kecemerlangan bermula  dan datangnya daripada usaha diri sendiri dan sedikit dibantu oleh keluarga dan guru-guru.

Kata tuan Harith, kecemerlangan akan dibayar dengan ganjaran yang mahal oleh pihak kerajaan seperti biasiswa penuh, peluang belajar di universiti terbaik sama ada dalam dan luar negeri. Oleh itu kecemerlangan harus lah menjadi fokus setiap pelajar. Sambil membuat analogi beliau menyebut perbezaan o.1 saat membezakan seorang pelari terpantas dunia Usain Bolt untuk bergelar juara dunia dan juara olimpik....

Oleh itu kata beliau rancanglah mas depan anda dari sekarang...

Wednesday, September 21, 2011

Tahniah kepada pegawai yang naik pangkat dan selamat kembali kepada yang bertukar kembali ke Sabah

Warga JKDM Sipitang mengucapkan tahniah dan syabas kepada beberapa orang anggota JKDM Sabah yang telah dinaikkan pangkat dari W44 ke W48 dengan jawatan Penolong Kanan Pengarah Kastam. Antaranya adalah Tuan Azman Salleh, Tuan Jafree Dangus dan Tuan Hj Saidin Jalaludin.

Dalam perintah pertukaran yang sama beberapa orang yang sebelum ini telah bertukar ke beberapa negeri, seperti Johor, Selangor dan Pulau Pinang telah kembali menyambung khidmat di Sabah. Mereka adalah Tuan Habib Fairuz, Tuan Syed Patra Awid dan Tuan RM Mohammad Abdu.

Terdapat juga beberapa orang penguasa kastam W41 yang telah dinaikkan pangkat ke Penolong Pengarah Kastam W44 antaranya Tuan Jimi Soliando, Rosdi Muda, dan beberapa orang lagi

Tahniah....

Thursday, September 1, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA

Semua warga JKDM Sipitang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh muslimin dan muslimat. Semoga semangat persaudaraan dan ukhuah islamiah dan silaturrahim dapat dieratkan  melalui kunjung mengunjungi rakan taulan saudara mara dan sahabat handai. Kepada mereka yang pulang ke kampung atau balik ke tempat kerja menggunakan kenderaan, berhati hati semasa memandu. SELAMAT HARI RAYA...

Wednesday, August 17, 2011

S. Jibeng : Musafir Di Aidilfitri (HQ Audio)

SUASANA HARI RAYA MULAI DIRASAI

Umat Islam diseluruh dunia sibuk mengerjakan ibadah puasa sempena Ramadhan. Setelah memasuki minggu ketiga umat islam berpuasa, suasana hari raya semakin terasa. Ini dapat dilihat melalui hiasan-hiasan di pusat-pusat membeli-belah selain dendangan lagu-lagu hari raya.

Pejabat-pejabat kerajaan juga tidak ketinggalan menghias sempena lebaran yang mendatang seperti memasang lampu-lampu beraneka warna disamping anyaman ketupat di dinding-dinding pejabat hasil kreativiti dan kerjasama sesama pegawai.

JKDM Sipitang dalam hal ini tidak ketinggalan dalam menyambut kemeriahan syawal yang bakal menjelma. Pejabat  telah dimula dihias indah dengan ketupat dan lampu hiasan dan suasana ini mendahului program 5S yang juga sedang rancak dijalankan.  Apapun kepada semua umat islam dan warga JKDM yang beragama islam selamat berpuasa dan meningkatkan ibadah serta menyambut hari raya aidil fitri wal fa'idzin daripada semua warga JKDM Sipitang.