Monday, October 18, 2010

MANTAN KETUA PENGARAH KASTAM DIRAIKAN PENUH GEMILANG DI KOTA KINABALU

Mantan Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato Sri Ibrahim Bin Hj Jaapar, yang telah bersara pada 2.10.2010 yang lalu telah diraikan oleh warga JKDM Sabah di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu. Majlis keraian ini dianjurkan bagi mengenang jasa yang telah beliau curahkan kepada JKDM khususnya di Sabah yang merupakan pernah menjawat sebagai timbalan PKN sebelum menjawat jawatan sebagai PKN Sabah.

Majlis ini merupakan anjuran oleh pegawai dan anggota JKDM Sabah sendiri. Pelbagai acara telah diatur pada malam berkenaan seperti persembahan tarian, nyanyian, karaoke dan deklamasi sajak selain tayangan video clip yang memaparkan perjalanan awal beliau di JKDM sehingga menjawat jawatan sebagai KP.


Antara Pegawai yang hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Md Yusop Hj Mansor

                                 PKN Sabah mengiringi tetamu yang dirai

                                            Bermesra dengan para pegawai yang hadir

                                             bersama rakan-rakan dari pihak swasta

                                Persembahan tarian oleh anggota jabatan

                                  bakat anggota juga terserlah dalam majlis ini

                                            Mantan KP sedang berucap

Dalam ucapan beliau, sesunggguhnya beliau begitu yakin dengan kempimpinan dan bakat yang ada pada para  diri pegawai di Sabah dan jika diberi peluang mereka juga boleh merjaya meneraju  jabatan di masa depan. selanjutnya beliau mengharapkan semua pegawai dan anggota jabatan memberi kerjasama dan komitmen bagi memastikan jabatan terus maju di maa depan.

                                            Ketua Kastam Daerah Sipitang menyampaikan
                                             cendera kenangan kepada Dato Sri

                                             Ketua Kastam Menumbok juga tidak ketinggalan

Kepada Dato Sri Ibrahim Hj Jaapar, diucapkan selamat bersara dan didoakan mendapat kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan.

KETUA KASTAM DAERAH PENIALI PTK GRED W27 DI SELANGOR

Tuan  Harith Rahim, Ketua Kastam Daerah Sipitang telah diberi tanggungjawab melaksanakan tugas sebagai penilai PTK bagi gred W27 di Wisma  Kastam Pulau Indah Selangor Darul Ehsan bersama-sama dengan panel dari Negeri Sembilan dan Selangor sendiri.

Antara calon yang hadir
                                           bergambar kenangan di foyer Wisma JKDM Selangor
                                                       Bersama Dato Roslan, PKN Selangor

Seramai 10 orang calon terdiri daripada beberapa negeri menghadiri  PTK di Selangor antaranya dari Sarawak, Kelantan, Wilayah Persekutuan, Putrajaya  selain dari Selangor sendiri.

Sunday, October 10, 2010

Datuk Khalid Yusof KP Kastam Yang Baru

Datuk Khalid Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) telah dilantik ke jawatan Ketua Pengarah Kastam yang baru menggantikan Datuk Sri Ibrahim Jaapar yang bersara wajib dan tamat kontrak perkhidmatan.

Datuk Khalid Yusof merupakan orang dari Borneo ( negeri Sarawak) pertama yang dilantik ke jawatan tertinggi dan menerajui JKDM sebagai Ketua Pengarah Kastam. Warga Kastam Sipitang, mengucapkan tahniah keatas perlantikan beliau sebagai Ketua Pengarah Kastam yang baru.

Tahniah Datuk, semoga dibawah pengurusan datuk JKDM akan terus cemerlang berlandaskan kepada kecemerlangan dan stail pengurusan datuk

Friday, October 8, 2010

MELAKUKAN GOTONG ROYONG SETELAH TERHETI BUAT SEKETIKA

Aktiviti gotong royong diteruskan setelah terhenti semasa Ramadhan lalu.


 Gotong royong dibuat bagi membersihkan kawasan pejabat yang telah agak  terbiar buat seketika. Rumput yang mulai naik telah diracun, dan bunga serta pokok-pokon yang mengalami pembesaran dipotong bagi menceriakan keadaan dan persekitaran

DUA ORANG PEGAWAI KANAN JKDM SABAH DINAIKKAN PANGKAT

Dua orang anggota JKDM Sabah telah dinaikkan pangkat dai Penolong Kanan Pengarah Kastam II ke Penolong Kanan Pengarah Kastam I,  iaitu dari Gred W48 ke Gred W52. Mereka adalah Tuan Abdullah Japar, Ketua Kastam Sandakan, yang akan kekal di stesen Sandakan kerana ketua kastam telah di naik taraf dari Gred W48 ke Gred W52.
                                          Tuan Abdullah Japar Ketua Kastam Sandakan

Seorang lagi adalah Ketua Bahagian Cukai Dalam Negeri, Tuan Madrim Tasan yang juga dari Gred W48 ke Gred W52. Beliau akan mengambil alih tugas sebagai Ketua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu yang diujudkan sebagai sebuah stesen pantadbiran baru dalam JKDM Sabah.

Tahniah kepada mereka berdua.

Sementara itu, seorang lagi Penolong Kanan Pengarah Kastam I, yang bertukar kembali ke Sabah adalah Tuan Voo Neyon King yang sebelum ini bertugas di Kuching sebagai Ketua Bahagian Cukai Dalam Negeri Sarawak, akan mengetuai  bahagian Pematuhan

PKN SABAH YANG BARU MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT PENGURUSAN

JKDM Sabah mengadakan Mesyuarat Pengurusan selama empat hari berturut-turut di Kota Kinabalu yang dipengerusikan oleh PKN JKDM Sabah yang baru Tuan Haji Mohd Kassim Hj Ismail. Dalam mesyuarat ini, Tuan Hj Mohd Kassim telah mengajak semua warga JKDM Sabah bersama-sama beliau untuk terus memacu JKDM Sabah maju ke depan. 

Dalam ucapan alu-aluan beliau, beliau mahu anak Sabah yang sedang mendaki anak tangga bagi menjadi pimpinan JKDM Sabah mahu bersama-sama berganding bahu, percaya mempercayai antara satu sama lain demi kebaikan bersama khususnya dalam merealisasikan visi dan misi jabatan.