Tuesday, December 28, 2010

PARA PERANCANG JKDM SABAH BERKAMPUNG DI KUDAT




Para perancang strategik JKDM Sabah berkampung di Kudat bagi  merancang perancangan strategik tahun 2011, sebagai landasan segala tindakan yang akan dilaksanakan dalam tahun depan.

Bengkel selama 3 hari ini telah diketuai dan dipimpin oleh Tuan Haji Janathan Binbang, Timbalan Pengarah Kastam Negeri (Perkkhidman Teknik)

Turut serta adalah semua pegawai dari seluruh Sabah termasuk Timbalan Pengarah Kastam Negeri (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Tuan Hamzah Bin Sundang dan Pemangku Timbalan Pengarah KAstam Negeri (Pematuhan dan Penguatkuasaan) Tuan Voo Neyon King.

Perasmian bengkel telah dirasmikan oleh Pengarah Kastam Negeri Sabah, Tuan Haji Mohd Kassim Bin Hj Ismail. Dalam ucapan perasmiannya beliau menggesa supaya semua program yang dirancang hendaklah memenuhi  harapan dan KPI JKDM.

Saturday, December 25, 2010

PANEL PTK DAN NEGOTIATION SKILLS

Jadual yang amat sibuk sepanjang bulan Disember, kerana terlibat dengan pelbagai aktiviti jabatan antaranya membantu jabatan dalam menjalankan PTK untuk gred W17 -W22 untuk siri II sebelum dimansuhkan awal bulan Januari 2011 nanti. Bermula di KUching pada 1-2 Disember, kemudian merancang kursus Negotiation Skills di AKMAL Induk, selepas itu di Gelang Patah Johor, kemudian disambung pula di AKMAL Melaka mengendalikan kursus selama 4 hari sebagai penceramah jemputan. Tugas yang cukup berat dan mencabar terutama sekali apabila mengendalikan kursus yang berada di luar daripada konteks jabatan.

Kesempatan diambil bagi merakamkan gambar-gambar yang istemewa sepanjang bertugas di luar. 27 -30 Disember satu lagi tugasan baru di Kudat bagi bengkel Perancangan Strategik JKDM Sabah 2011.
 Potato Spring

 Nampak Sedap

Goreng dulu...

Menu Ala Kassim...


Unik..bot terpakai dijadikan tempat memperaga ikan ..

   Ono di Johor....Medan Selera Taman Uni...


Rojak buah..Cik Kak ni asal ayah dia dari Seberang...kini ayah tiri orang Sarawak
Tapi rojak buah dia jual  memang sedap...

Friday, December 24, 2010

KETUA KASTAM DAERAH SIPITANG - JADI PENCERAMAH JEMPUTAN DI AKMAL INDUK DALAM KURSUS NEGOTIATION SKILL

Ketua Kastam Daerah Sipitang, Tuan Harith Rahim telah diundang untuk menjadi pensyarah jemputan serta mengendalikan kursus  Negotiation Skills untuk pegawai kanan jabatan yang rata-rata dari gred W48 - W52. Kursus ini adalah merupakan kursus pertama kali diadakan di AKMAL Melaka. Ia memakan masa selama empat hari bermula dari 20 Disember hingga 24 Disember 2010 yang lalu

 Pengarah kursus Tuan Saidi Ismail telah sedaya upaya untuk mendapatkan pensyarah dari luar jabatan khususnya dari INTAN untuk mengendalikan kursus, namun pihak berkenaan juga kekurangan tenaga pengajar. Sebagai alternatif anggota jabatan yang mempunyai latar belakang akademik berkaitan dengan kursus  telah dikenal pasti iaitu Tuan Harith Rahim. 

Dua orang penyelaras kursus membantu perjalanan kursus, iaitu Penolong Kanan PEngarah Kastam II Tuan Mohd Yusop Suji dan Penolong Kanan Pengarah Kastam II Tuan Azhar.   

Antara kandungan kursus adalah berkaitan Negotiation Skills dan perkara-perkara berkaitan perancangan negotiation khususnya persediaan sebelum, semasa dan sesudah. Selain itu  ia juga diselitkan dengan 'ethic in negotiation',  communication in negotiation, dan conflict and conflict resolution.

Peserta terdiri dari seluruh negara dan merupakan pegawai kanan yang perlu didedahkan dengan proses dalam 'negotiation' yang melibatkan pihak luar negara khususnya dalam persediaan JKDM menuju ke 2015 dan FTA dengan pelbagai negara. Hampir keseluruhan nota adalah dalam bahasa inggeris namun disampaikan dalam bahasa Malaysia oleh Tuan Harith Rahim.

PCKP Singapura telah dijemput bagi berkongsi pengalaman sebenar dalam perundingan, khususnya yang melibatkan jabatan. Tiga kes telah dibentangkan sebagai kajian kes dan ternyata ia amat menarik apatah lagi kandungan kursus ini benar-benar dapat diaplikasikan dalam ketiga-tiga kes yang berkaitan.

Kursus ini mungkin amat berguna dalam membantu jabatan dalam 'negotiation' yang melibatkan kepentingan jabatan dan negara di masa akan datang.

Tradisi bergambar ramai bersama Pengarah AKMAL

Serius mengadakan perbincangan dalam latih amal
 
  
Peserta sempat bergurau dalam mengurangkan tekanan semasa berkursus

 Kumpulan mecambah idea untuk latih amal



  Ada yang serius ada senyum...

  
Memerah otak mengaplikasikan apa yang diperolehi dalam ceramah


Setelah penat mendengar ceramah, masa untuk menjamu selera

 Acara wajib dalam setiap kursus...makan ikan bakar...


Terima kasih ........

Wednesday, November 3, 2010

TIMBALAN KETUA PENGARAH KASTAM DIANUGERAHI GELARAN DATO

Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Md Yusop Hj Mansor telah dianugerahi gelaran Dato oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang bersempena dengan hari keputeraan baginda baru-baru ini.

Warga JKDM Sipitang mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas anugerah yang diterima. Tahniah Dato!

Monday, November 1, 2010

TIMBALAN PENGARAH KASTAM (KCDN) SARAWAK LAWAT KASTAM SIPITANG

Timbalan Pengarah Kastam Negeri ( Perkastaman dan cukai Dalam Negeri) Sarawak, Tuan Kamaruddin Bin Abdullah melawat pejabat Kastam Sipitang dalam rangka lawatan beliau ke pejabat Kastam Lawas. beliau turut diiringi oleh Ketua Kastam Lawas Tuan Nanagn Ak Lompat dan Tuan Sigar Palung dari bahagian Penguatkuasaan Limbang.

Dalam lawatan ringkas ini PPK Tuan Harith rahim sempat memberikan taklimat ringkas mengenai operasi  perkastaman di JKDM Sipitang kepada beliau dan rombongan beliau.

Monday, October 18, 2010

MANTAN KETUA PENGARAH KASTAM DIRAIKAN PENUH GEMILANG DI KOTA KINABALU

Mantan Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato Sri Ibrahim Bin Hj Jaapar, yang telah bersara pada 2.10.2010 yang lalu telah diraikan oleh warga JKDM Sabah di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu. Majlis keraian ini dianjurkan bagi mengenang jasa yang telah beliau curahkan kepada JKDM khususnya di Sabah yang merupakan pernah menjawat sebagai timbalan PKN sebelum menjawat jawatan sebagai PKN Sabah.

Majlis ini merupakan anjuran oleh pegawai dan anggota JKDM Sabah sendiri. Pelbagai acara telah diatur pada malam berkenaan seperti persembahan tarian, nyanyian, karaoke dan deklamasi sajak selain tayangan video clip yang memaparkan perjalanan awal beliau di JKDM sehingga menjawat jawatan sebagai KP.


Antara Pegawai yang hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Md Yusop Hj Mansor

                                 PKN Sabah mengiringi tetamu yang dirai

                                            Bermesra dengan para pegawai yang hadir

                                             bersama rakan-rakan dari pihak swasta

                                Persembahan tarian oleh anggota jabatan

                                  bakat anggota juga terserlah dalam majlis ini

                                            Mantan KP sedang berucap

Dalam ucapan beliau, sesunggguhnya beliau begitu yakin dengan kempimpinan dan bakat yang ada pada para  diri pegawai di Sabah dan jika diberi peluang mereka juga boleh merjaya meneraju  jabatan di masa depan. selanjutnya beliau mengharapkan semua pegawai dan anggota jabatan memberi kerjasama dan komitmen bagi memastikan jabatan terus maju di maa depan.

                                            Ketua Kastam Daerah Sipitang menyampaikan
                                             cendera kenangan kepada Dato Sri

                                             Ketua Kastam Menumbok juga tidak ketinggalan

Kepada Dato Sri Ibrahim Hj Jaapar, diucapkan selamat bersara dan didoakan mendapat kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan.

KETUA KASTAM DAERAH PENIALI PTK GRED W27 DI SELANGOR

Tuan  Harith Rahim, Ketua Kastam Daerah Sipitang telah diberi tanggungjawab melaksanakan tugas sebagai penilai PTK bagi gred W27 di Wisma  Kastam Pulau Indah Selangor Darul Ehsan bersama-sama dengan panel dari Negeri Sembilan dan Selangor sendiri.

Antara calon yang hadir
                                           bergambar kenangan di foyer Wisma JKDM Selangor
                                                       Bersama Dato Roslan, PKN Selangor

Seramai 10 orang calon terdiri daripada beberapa negeri menghadiri  PTK di Selangor antaranya dari Sarawak, Kelantan, Wilayah Persekutuan, Putrajaya  selain dari Selangor sendiri.

Sunday, October 10, 2010

Datuk Khalid Yusof KP Kastam Yang Baru

Datuk Khalid Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) telah dilantik ke jawatan Ketua Pengarah Kastam yang baru menggantikan Datuk Sri Ibrahim Jaapar yang bersara wajib dan tamat kontrak perkhidmatan.

Datuk Khalid Yusof merupakan orang dari Borneo ( negeri Sarawak) pertama yang dilantik ke jawatan tertinggi dan menerajui JKDM sebagai Ketua Pengarah Kastam. Warga Kastam Sipitang, mengucapkan tahniah keatas perlantikan beliau sebagai Ketua Pengarah Kastam yang baru.

Tahniah Datuk, semoga dibawah pengurusan datuk JKDM akan terus cemerlang berlandaskan kepada kecemerlangan dan stail pengurusan datuk

Friday, October 8, 2010

MELAKUKAN GOTONG ROYONG SETELAH TERHETI BUAT SEKETIKA

Aktiviti gotong royong diteruskan setelah terhenti semasa Ramadhan lalu.


 Gotong royong dibuat bagi membersihkan kawasan pejabat yang telah agak  terbiar buat seketika. Rumput yang mulai naik telah diracun, dan bunga serta pokok-pokon yang mengalami pembesaran dipotong bagi menceriakan keadaan dan persekitaran

DUA ORANG PEGAWAI KANAN JKDM SABAH DINAIKKAN PANGKAT

Dua orang anggota JKDM Sabah telah dinaikkan pangkat dai Penolong Kanan Pengarah Kastam II ke Penolong Kanan Pengarah Kastam I,  iaitu dari Gred W48 ke Gred W52. Mereka adalah Tuan Abdullah Japar, Ketua Kastam Sandakan, yang akan kekal di stesen Sandakan kerana ketua kastam telah di naik taraf dari Gred W48 ke Gred W52.
                                          Tuan Abdullah Japar Ketua Kastam Sandakan

Seorang lagi adalah Ketua Bahagian Cukai Dalam Negeri, Tuan Madrim Tasan yang juga dari Gred W48 ke Gred W52. Beliau akan mengambil alih tugas sebagai Ketua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu yang diujudkan sebagai sebuah stesen pantadbiran baru dalam JKDM Sabah.

Tahniah kepada mereka berdua.

Sementara itu, seorang lagi Penolong Kanan Pengarah Kastam I, yang bertukar kembali ke Sabah adalah Tuan Voo Neyon King yang sebelum ini bertugas di Kuching sebagai Ketua Bahagian Cukai Dalam Negeri Sarawak, akan mengetuai  bahagian Pematuhan

PKN SABAH YANG BARU MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT PENGURUSAN

JKDM Sabah mengadakan Mesyuarat Pengurusan selama empat hari berturut-turut di Kota Kinabalu yang dipengerusikan oleh PKN JKDM Sabah yang baru Tuan Haji Mohd Kassim Hj Ismail. Dalam mesyuarat ini, Tuan Hj Mohd Kassim telah mengajak semua warga JKDM Sabah bersama-sama beliau untuk terus memacu JKDM Sabah maju ke depan. 

Dalam ucapan alu-aluan beliau, beliau mahu anak Sabah yang sedang mendaki anak tangga bagi menjadi pimpinan JKDM Sabah mahu bersama-sama berganding bahu, percaya mempercayai antara satu sama lain demi kebaikan bersama khususnya dalam merealisasikan visi dan misi jabatan.

Thursday, September 30, 2010

KSA BULANAN STESEN

Bagi memastikan pegawai mendapat latihan secara berterusan kaedah latihan in-house, melalui konsep KSA dibuat mengikut jadual dan anggota JKDM Sipitang  dibimbing serta didedahkan memilih tajuk-tajuk yang bersesuaian dengan tugasan harian selain menambah pengetahuan mengenai isu-isu berkaitan perkastaman semasa.

Bagi bulan September dua tajuk yang dibawakan adalah PTKewangan Bil 17, iaitu pengeluaran resit dan pembatalan resit yang disampaikan oleh PIKK Jaimin Yacob

Sebelum itu PiK Zaini Md Said dengan tajuk Pemilikan Wang Saku Semasa Bertugas PTP Bil 7.
                                           PiK Zaini membacakan PTP berkaitan


                                          PiKK juga diberikan peluang mendengar....

Sebagai penyelia terdekat, dapat diperhatikan bahawa setiap pegawai mempunyai potensi jika mendapat bimbingan dan digilap secara berterusan.

Wednesday, September 29, 2010

SIPITANG AKAN MENERIMA PEGAWAI DAERAH YANG BARU

Pegawai Daerah Sipitang Tuan Abd Wahab Abd Hamid, akan bertukar dan menjawat jawatan baru sebagai Timbalan Setiausaha Tetap di Kota Kinabalu. Semasa berucap dalam rumah terbuka Pejabat Daerah Sipitang yang disekalikan dengan jamuan perpisahan beliau, Tuan Abd Wahab telah melahirkan rasa senangnya semasa memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah di Sipitang dari pertengahan tahun 2006 sehingga September tahun ini, dan berdamping dengan kalangan pegawai danketua-ketua jabatan. Walaupun beliau berasa sedih kerana bertukar, namun melahirkan harapan agar kerjasama dan kemesraan yang terjalin semasa beliau memegang jawatan sebagai pegawai daerah akan diteruskan kepada pengganti beliau oleh semua pegawai dan ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan di daerah ini.

                                                    Pegawai Daerah sedang berucap

                                                    Abd Wahab terkenal dengan senyuman yang manis


                                                    Menerima cendera kenangan daripada ketua jabatan negeri



                                                    yang datang  (kiri) dan yang pergi ( kanan) ....

Seterusnya beliau berharap daerah Sipitang akan terus membangun seiring dengan daerah-daerah lain di Sabah. Turut dijemput dalam meraikan perpisahan beliau dan jamuah rumah terbuka hari raya ini adalah ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan  di daerah ini.

Pegawai pengganti  beliau sebagai pegawai daerah  Sipitang adalah anak tempatan yang berasal dari kampung Melalia iaitu Tuan Latip Hj Amat, yang juga tidak kurang mempunyai pengalaman luas kerana pernah berkhidmat sebagai penolong pegawai daerah di daerah ini sebelumnya, selain di daerah kecil Membakut dan di Bahagian Keselamatan  di Jabatan Ketua Menteri.


Monday, September 27, 2010

RUMAH TERBUKA KETUA KASTAM DAERAH SIPITANG

Sempena Syawal 1431H, Ketua Kastam Kastam  Sipitang telah mengadakan rumah terbuka secara sederhana pada Selasa 21.9.10 yang lalu selepas waktu sembahyang maghrib. Semua anggota jabatan kastam dan keluarga dan rakan-rakan rapat dan anggota keluarga yang berkesempatan telah datang memeriahkan rumah terbuka tersebut.
                                        
                                          Bersama anggota JKDM Sipitang

                                          Anggota keluarga yang hadir
 
                                           Keluarga dan anak-anak

                              
                                           Kanak-kanak menikmati hidangan

 
                                           Menikmati hidangan raya

                                          Antara ketua jabatan yang hadir