Tuesday, June 29, 2010

PERHIMPUNAN SETIA JUN 2010

DatukMdYusop sedang memberikan amanat
  
Pegawai Kanan (Ketua Kastam Daerah Menumbok)

Selasa 29 Jun- Kota Kinabalu, Pengarah Kastam Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Md Yusop Hj Mansor, dalam amanat sempena perhimpunan Setia bagi bulan Jun  mengucapkan tahniah kepada beberapa orang pegawai yang diberi peluang naik pangkat. Pengikhtirafan ini kata beliau harus diimbangi dengan komitmen yang jitu bagi memajukan jabatan. Beliau seterusnya mengajak semua warga meningkatkan komitmen dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dengan menyelitkan segala kreativiti supaya pelanggan menghargai apa yang diberikan. Perhimpunan setia Jun dihoskan oleh Bahagian Lapangan Terbang Antarabangsa, Kota Kinabalu.

Tuesday, June 22, 2010

PESERTA KURSUS JATI DIRI SIRI 1/2010 GOTONG ROYONG DI SINDUMIN

Kelihatan para peserta kursus  sedang beramah mesra dengan anggota JKDM  Sipitang Para peserta kursus diberi taklimat ringkas oleh KKD Sipitang
Para peserta melakukan gotong royong

Rabu 23.6.2010 -Peserta kursus Jati Diri bagi Siri 1/2010 yang diketuai oleh penyelaras kursus Tuan Mohd Hussin Hakim telah mengadakan gotong royong di bangunan kastam/rumah Sindumin yang telah terbiar sejak beberapa waktu. Seramai 26 orang pesserta bergotong royong membersihkan kawasan persekitaran bangunan.

Sebelum ke Sindumin, para peserta kursus telah dibawa singgah dan melawat pejabat JKDM Sipitang dan telah diberi taklimat ringkas oleh Ketua Kastam Daerah Sipitang Tuan Harith Rahim.

Friday, June 18, 2010

KETUA PENGARAH JABATAN KASTAM MALAYSIA MEMBENTANGKAN KERTAS KERJA

Jumaat -18.6.2010, Kota Kinabalu, Ketua Pengarah Kastam Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Dato Sri Ibrahim Bin Hj Jaapar, telah membentangkan satu kertas kerja sempena seminar Integriti Kepimpinan dan Pembangunan anjuran JKDM Sabah dengan kerjasama Kesatuan Pegawai Kastam Sabah, dengan tajuk Gagasan JKDM Merealisasikan Gagasan 1M, di Wisma JKDM Sabah di Kota Kinabalu. Turut hadir adalah Datuk Md Yusop Bin Hj Mansor, Pengarah Kastam Negeri Sabah, Timbalan-timbalan Pengarah Kastam Negeri, Ketua-Ketua Kastam, Ketua Bahagian dan Ketua-ketua Kastam Daerah selain ahli-ahli persatuan dan kesatuan dalaman jabatan dari semua stesen di Sabah.

Dalam seminar ini, Dato Sri Ketua Pengarah telah menegaskan, bagi survival JKDM, anggota jabatan perlu memahami cabaran besar di alaf ke 21 dan melontarkan persoalan kemana JKDM di abad  ini, untuk itu selanjutnya beliau menegaskan  penyampaian perkhidmatan haruslah menepati kehendak pelanggan dan stake-holder. Selanjutnya melalui Pelan Perancangan Strategik JKDM 2010-2014 sekumpulan pemikir jabatan telah merangkumkan 325 tindakan yang perlu diberi perhatian. Namun kata beliau, jumlah itu tidak lah eksklusif dan banyak lagi tindakan perlu difikirkan oleh sebab itu juga CKRE dikenalpasti oleh kumpulan yang ditubuhkan.

Dato Sri Ibrahim Jaapar sedang kembentangkan kertas kerja beliau

Datuk Md Yusop Hj Mansor, menyampaikan ucapan alu-aluan beliau.

Seterusnya beliau memaklumkan cabaran menunggu mereka yang akan meneraju jabatan di masa muka, ini adalah disebabkan dalam masa terdekat ramai pengurusan tertinggi jabatan akan meninggalkan jabatan kerana telah sampai usia bersara wajib.


Antara pegawai kanan yang hadir

Antara peserta seminar yang hadir tekun mendengar ceramah Dato Sri Ibrahim Hj Jaapar

Saturday, June 12, 2010

Thursday, June 3, 2010

PANGKALAN MARIN MENUMBOK SIAP BEROPERASI

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Dato Sri Hj Ibrahim Bin Hj Jaapar telah menerima kunci sebagai tanda penyerahan kompleks marin Menumbok dari pihak kontraktor, yang seterusnya menyerahkan kepada  Datuk Hj Md Yusop Bin Hj Mansor, selaku Pengarah Kastam Negeri Sabah. Dalam ucapannya Dato Sri Ibrahim, menyatakan kesyukuran kerana projek ini dapat disiapkan dan penempatan pegawai akan segera dilakukan. Kompleks ini yang berharga lebih dari lima juta ringgit merupakan pusat marin kastam yang akan memantau aktiviti penyeludupan barangan dari W.P Labuan selaku pulau bebas cukai.

MALAM APC/ANUGERAH CEMERLANG


Sijil APC Tuan Harith Rahim,

Dua orang kakitangan JKDM Sipitang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang tahun 2009 yang  diadakan di Dewan Lembaga Hasil Dalam Negeri pada 3.6.2010. Mereka adalah Ketua Kastam Daerah Sipitang, Tuan HArith Rahim dan PiKK Hj Said Hamid dari Bahagian Pentadbiran Stesen JKDM Sipitang. Dalam majlis ini seramai 63 orang penerima APC bagi tahun 2009 telah menerima sijil masing-masing yang telah disampaikan oleh Y.Bhg Dato Sri Ibrahim  Bin Hj Jaapar, Ketua Pengarah Kastam Malaysia.