Thursday, August 26, 2010

PERHIMPUNAN SETIA OGOS 2010

Tuan Hj Janathan Binbang, Timbalan Pengarah Kastam Negeri Bahagian Perkhidmatan Teknik telah mewakili PKN bagi menyempurnakan Perhimpunan Setia dan Mesra bagi bulan Ogos 2010.

Dalam ucapan ringkasnya Tuan Haji Janathan beliau begitu yakin dengan kehadiran semua rakan-rakan timbalan serta ketua-ketua bahagian yang hadir dalam perhimpunan sedemikian. Beliau menyatakan bahawa sebagai sebuah jabatan yang dihuni oleh kumpulan manusia yang beroperasi untuk satu misi yang sama, maka semua peringkat manusia adalah sama penting tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Beliau mengambil contoh sebuah kereta yang mahal dan hebat akan tercacat hanya disebabkan oleh suatu perkara kecil iaitu  'wiper' yang rosak dan tidak berfungsi.

Beliau juga melontarkan isu kesetiaan sebagai bahan yang perlu ada dalam diri anggota jabatan. Selanjutnya beliau mengisahkan kesetiaan 'Hachiko' seekor anjing kepada pengembalanya seorang professor di Universiti Tokyo, Mr Ueno. Ringkasnya kesetiaan ini menjadikan seekor anjing menanti kepulangan tuannya Mr Ueno, selama 9 tahun yang tanpa diketahui oleh Hachiko bahawa tuannya telah lama meningggal semasa sedang mengajar di universiti. Penantian selama 9 tahun ini  berterusan di perhentian kereta api dimana Ueno berulang alik dari rumah dan ke empat kerjanya.

Ringkasnya kesetiaan seekor anjing ini yang kemudian nya, mati dalam penantian di stesen kereta api dan masyarakat sekitar stesen kereta api ini telah mendirikan sebuah tugu sebagai memperingati erti sebuah kesetiaan dan persahabatan meskipun itu hanya seekor anjing. Moralnya  kesetiaan adalah asas dalam sesebuah perhubungan sama ada  sesama rakan malah  kepada organisasi oleh anggotanya.
 Pengkisahan ini dapat dilihat melalui 'The true story of Hachiko the faithful dog di  www.youtube.com.

Perhimpunan setia seperti biasa diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada para pegawai yang lahir dalam bulan Ogos.

Tuan Hj  Janathan berucap mewakili PKN

                                     Barisan Pegawai Kanan yang hadir dalam perhimpunan bulanan

                                                 Penyampaian cenderamata kepada pegawai


                                                          Penyampaian kad hari lahir

No comments:

Post a Comment