Tuesday, May 18, 2010

JKDM SIPITANG MENERIMA PELAJAR PRAKTIKUM

Sekali lagi JKDM Sipitang dipilih sebagai agensi tempat untuk menjalani latihan industri atau praktikum oleh seorang pelajar tahun akhir dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang mengikuti program ijazah pertama dalam bidang politik dan pemerintahan. Berasal dari Sipitang beliau akan bersama dengan JKDM Sipitang selama dua bulan dari 10. Mei lalu sehingga Julai 2010 nanti. 

                                 PiKK Hj Said Hamid sedang memberi taklimat beliau

Ketua Kastam Daerah Sipitang, Tuan Harith Rahim semasa mengalu-alukan kehadiran beliau di JKDM Sabah telah memberi taklimat secara ringkas mengenai fungsi dan peranan JKDM. Taklimat mengenai fungsi keseluruhan di peringkat daerah telah diberikan oleh semua pegawai pada 17 Mei 2010. Kelihatan taklimat sedang diberikan dan pelajar tekun mendengar dan mencatatkan hasil taklimat yang diberi.  




 
                   PiK Iznan Abidin yang baru kembali berkursus panjang juga 
                   diberi  kesempatan berkongsi ilmu yang diperolehi semasa kursus