Sipitang-14.7.2010 Rabu. Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Sipitang telah diundang bagi mengadakan taklimat dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api. Pihak Bomba dan Penyelamat telah menghantar tiga anggota iaitu Pegawai Bomba Encik Kamarul, Pegawai Bomba Encik Sairi dan Pegawai Bomba Encik Saiful telah membantu membuat demostrasi cara-cara memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api. JKDM Menumbok dan Ko-Nelayan Sipitang juga dijemput sama menghadiri taklimat tesebut. Dalam taklimatnya encik Kamarul telah menjelaskan beberapa aspek mengenai kebakaran antaranya punca kebakaran, jenis-jenis api dan cara-cara dan teknik mengawal kebakaran. Dalam taklimat ini adalah didapati ia amat berguna bukan sahaja bagi keselamatan pejabat tetapi juga keselamatan domestik khususnya dirumah atau dapur dan kawasan dimanaapi menjadi sebahagian daripada aktiviti kehidupan harian.
Encik Kamarul dari Bomba dan Penyelamat Sipitang sedang memberi taklimat
PiKK Jaimin sebagai emcee dan mempersilakan PB Kamarul memberikan taklimat
PB Kamarul sedang menyampaikan taklimat
Ketua Kastam Daerah dan PiKK Pentadbiran khusyuk medengar taklimat
Warga bomba tekun mendengar taklimat
taklimat dan demo
Kakitangan pejabat Ko-Nelayan dilibatkan sama dalam taklimat
Ketua Kastam Daerah meyampaikan ucapan terima kasih bagi pihak JKDM Sabah
Persediaan demo penggunaan pemadam api
Anggota JKDM memberi penuh perhatian sebelum demo
Persediaan demo oleh pihak Bomba
Kenderaan pihak bomba yang membawa pegawai dan alat demo
Pegawai Bomba En. Saiful sedang menyediakan alat demo
Ketua Kastam Daerah mencuba kepakaran memadamkan api
PiK Zaini sedang memadamkan api
PiKK Rosli wakil JKDM Menumbok turut sama mencuba memadam api
Kakitangan jabatan asyik melihat demo
PiKK Jaimin sedang mencuba memadamkan api
PiKK Said berusaha memadamkan api yang marak
Serbuk daripada alat pemadam api
PiK Ayub sedang cuba memadamkan api
Warga JKDM dan Bomba berbincang mengenai demonstrasi
Ketua Kastam Daerah Sipitang, tuan Harith Rahim semasa memberi ucapan telah memaklumkan bahawa taklimat hari ini turut dihadiri oleh kakitangan dari pejabat Ko-Nelayan dan juga dua orang anggota dari JKDM Menumbok. Melalui aktiviti ini juga dapat merapatkan hubungan antara agensi dan kakitangan terlibat. Taklimat dan demonstrasi ini dibuat adalah ekoran daripada saranan pihak Jabatan Audit yang mana setiap pegawai sekurang-kurangnya mendapat pendedahan mengenai langkah-langkah mencegah kebakaran. Selesai taklimat satu demosntrasi diadakah dan latihan menggunaan alat ditunjukkan.
No comments:
Post a Comment