Wednesday, July 14, 2010

DAPATAN PENGAUDITAN SISTEM PUNGUTAN HASIL JKDM SIPITANG - CEMERLANG


Kerja-kerja pengauditan sedang dijalankan oleh para 
pegawai dari Jabatan Audit Negara

Pengauditan yang dibuat oleh para pegawai dari Jabatan Audit Negara keatas sistem pungutan hasil yang dilakukan pada 7.7.2010 lalu mendapati, JKDM Sipitang telah menjalankan sistem perakaunan dan dokumetasi dengan cemerlang apabila pihak audit sendiri memberitahu dalam ceramah yang dianjurkan di Kota Kinabalu pada 12 Julai lalu. 

Ini merupakan kali pertama sebuah stesen pungutan hasil kastam yang diaudit mendapati pengauditan sistem pungutan hasil berada di tahap cemerlang. Menurut sumber Jabatan Audit, satu surat penghargaan akan dikeluarkan oleh pihak berkenaan dalam masa terdekat.

Ini memberikan semangat kepada semua warga di JKDM Sipitang untuk melaksanakan tugas dengan lebih gigih di masa depan.

No comments:

Post a Comment