Sunday, July 25, 2010

MAJLIS SELAUTAN BUDI SEGUNUNG INGATAN MERIAH

Datuk TKPK beramah mesra dengan para pegawai


Ketua Kastam Tawau dan Ketua Kastam Daerah Sipitang 
  

Para Ketua Kastam dan Ketua Kastam Daerah bersama-sama 
  
Para pegawai bersedia menikmati jamuan 


Majlis turut disajikan dengan tarian tradisi negeri sabah  
Y.Bhg Datuk turut menghiburkan dengan lagu nostalgik AYAH

Majlis perpisahan  sempena meraikan kenaikan pangkat Y.Bhg Datuk Md Yusop Bin Hj Mansor yang diberikan amanah untuk menjawat jawatan salah satu daripada tiga jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia, meriah. Dengan berkonsepkan majlis santai, manakala makanan dan hidangan disediakan oleh warga sendiri memberi gambaran bahawa warga JKDM Sabah ' rela dalam terpaksa' melepaskan Y.Bhg Datuk untuk menyeberang Laut China Selatan. Apa tidaknya, dalam tempoh singkat 'warga Sabah kedua' jadi pengarah itu telah banyak membawa pembaharuan dan catatan kejayaan kepada JKDM Sabah.

Sementara itu, dalam mengenang jasa dan budi beliau, setiap stesen telah masing-masing menghadiahkan berupa pelbagai barangan dan replika. JKDM Sipitang menghadiahkan replika gasing yang menjadi identiti  daerah ini. 

Sementara itu, Tuan Janatan Binbang sebagai pemangku PKN dalam ucapan beliau berterima kasih atas kehadiran pelbagai pihak termasuk Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Mohammad Hatta Abd Aziz dan lain-lain ketau jabatan negeri dan persekutuan. 

Dalam keadaan majlis yang santai pelbagai persembahan dibuat termasuk persembahan tarian  daripada pelbagai etnik oleh kumpulan Quarazon disamping persembahan  nyanyian karaoke oleh kalangan warga dan persembahan video clip yang diusahakan oleh pegawai dari PSM..

No comments:

Post a Comment