Stor biasanya menjadi tempat menyimpan barang yang tidak lagi digunakan sama ada dokumen atau barangan logistik dan bermacam-macam lagi yang dalam kebiasaanya kotor dan berselerak Dalam kebanyakkan keadaan pemandangan dalam stor memang tidak selesa, kecuali tindakan pembersihan sentiasa dilakukan. disebabkan oleh masalah ini JKDM Sipitang telah melaksanakan aktiviti gotong royong membersihkan luaran dan dalaman pejabat termasuk stor setiap Jumaat kedua dan keempat, setiap bulan. Selain menjadikan sebagai aktivit mengeluarkan peluh, ia juga berperanan mengurangkan bajet kerajaan khususnya dalam membersihkan luar kawasan pejabat yang telah tidak diberikan peruntukan sejak lebih dua tahun lalu. Kini tanggungjawab membersihkan persekitaran pejabat terpaksa diambil oleh warga JKDM Sipitang.
Warga Bersemangat
ceria meskipun berkeringat
Berkeringat dalam semangat gotong royong
kerjasama yang jitu , walaupun bertugas sebagai pengawal
keselamatan tetapi tidak membelakangkan JKDM jika ada aktiviti.
Mengeluarkan barang barang dari stor
Pemandangan di dalam stor yang sempit dan berselerak
menyusun dan melabel semula kotak berisi dokumen.
No comments:
Post a Comment