Sunday, July 4, 2010

PELAJAR UNIMAS SELESAI MENJALANI PRAKTIKUM DI JKDM SIPITANG

Pelajar tahun akhir UNIMAS jurusan Kajian Politik dan Pemerintahan, Encik Liaw Yi Chuang, selesai menjalani praktikum selama lapan minggu di JKDM Sipitang bermula dari 10 Mei lalu hingga 2 Julai 2010. Dalam tempoh lebih kurang dua bulan, pelajar ini telah didedahkan dengan aspek-aspek perkastaman dan pentadbiran secara umum untuk dijadikan panduan apabila mengharungi alam pekerjaan kelak.

Semasa menjalani latihan di JKDM Sipitang, beliau dilibatkan serta dalam beberapa aktiviti jabatan seperti taklimat GST kepada orang awam di Beaufort, gotong royong bersama peserta kursus jati diri Siri 1/2010 dari AKMAL Sabah perhimpunan Setia dan Mesra di Kota Kinabalu, selain aktiviti sesama warga seperti program KSA dan gotong royong.

Beliau merupakan  pelajar kedua yang memilih JKDM Sipitang sebagai tempat menjalani latihan bagi memenuhi keperluan pengijazahan oleh universiti beliau. Kepada encik Liaw, selamat meneruskan pengajian.


No comments:

Post a Comment