Tuesday, February 16, 2010

SAMBUTAN HARI KASTAM SEDUNIA KE 28 PERINGKAT NEGERI SABAH PADA 11 FEB 2010

JKDM Sabah menyambut perayaan Hari kastam Sedunia  Kali Ke 28 pada 11 Februari 2010 di ruang legar Plaza Tanjung Aru, yang disempurnakan oleh Datuk Yusop Bin Hj Mansor, Pengarah Kastam Negeri Sabah. Dalam sambutan ini, semua pegawai kanan dan Ketua-ketua Kastam dan Ketua Kastam Daerah turut hadir memeriahkan majlis yang diadakan. Selain itu, penglibatan swasta turut tidak dilupakan dengan pemberian sijil kepada beberapa syarikat yang telah menyumbang dalam pungutan cukai tertinggi yang diwakili oleh syarikat-syarikat masing-masing. Ketua Kastam Daerah Sipitang  Tuan Harith Rahim bersama Pegawai Kastam Kanan Tuan Hj Said Abd Hamid dan Pegawai Kastam encik  Zaini Md Said turut serta dalam sambutan yang diadakan. pelbagai aktiviti diadakan sepanjang sambutan diadakan antaranya derma darah, sukan dan hari keluarga.

No comments:

Post a Comment