Tuesday, February 16, 2010

KETUA KASTAM DAERAH DI MELAKA SEMPENA HARI KASTAM SEDUNIA KE 28

Ketua Kastam Daerah Sipitang (Kanan Sekali) hadir pada majlis Hari Kastam Sedunia peringkat Kebangsaan Kali Ke 28 yang diadakan di Akademi Kastam Diraja Malaysia, AKMAL Melaka. Dalam sambutan yang diadakan pada 26 haribulan  Januari setiap tahun ini, semua Pengarah-pengarah, dan Ketua ketua Kastam diundang bagi memeriahkan sambutan. Para pegawai kanan yang turut diundang dalam majlis berkenaan antara lain Datuk Hj Md Yusop Bin Hj Mansor, Pengarah Kastam Sabah, Timbalan-timbalan Pengarah Kastam Negeri dan ketua-ketua kastam dan ketua kastam daerah Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Sipitang, Keningau, Kudat, Menumbok dan Semporna.

Majlis ini telah dirasmikan oleh menteri Kewangan kedua Y.B dato Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Turut hadir dalam sambutan majlis ini adalah Timbalan-timbalan menteri kewangan I dan II iaitu Y.B Dato Kong Cho Ha dan Y.B Senator Datuk Dr Awang Adek Hussain. majlis ini juga turut dihadiri oleh Y.A.B ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam.

No comments:

Post a Comment