Wednesday, February 17, 2010

KETUA PENGARAH KASTAM LAWAT PEJABAT SIPITANG

Ketua Pengarah Kastam Malaysia Y.Bhg Dato' Sri Hj Ibrahim Bin Hj Jaapar singgah ke pejabat JKDM Sipitang selama lebih satu jam pada 2.2.2010 dalam perjalanan menghadiri mesyuarat bilateral dengan pihak Kastam Diraja Negara Brunei yang  diadakan di Pejabat Jabatan Kastam Diraja Miri, Sarawak. Turut sama dalam mesyuarat berkenaan adalah Y.Bhg Datuk Hj Md Yusop Hj Mansor, Pengarah Kastam Negeri Sabah. Ketibaan  rombongan Ketua Pengarah Kastam Malaysia pada awal pagi sekitar jam 8.30 pagi itu disambut oleh para pegawai di JKDM Sipitang yang diketuai oleh Ketua Kastam Daerah, Penolong Pengarah Kastam Tuan Harith Rahim.

Semasa lawatan singkat oleh Ketua Pengarah Kastam, Ketua Kastam Daerah Tuan Harith Rahim, sempat memberi taklimat ringkas mengenai aktiviti jabatan yang dijalankan disamping keperluan dan kekurangan yang diperlukan oleh stesen JKDM Sipitang.

Selaku tetamu istemewa, Ketua Pengarah Kastam Malaysia  turut disajikan dengan hidangan buah-buahan tempatan seperti durian putih, durian kuning dan langsat selain jamuan minum pagi  seperti mee dan beehon goreng sebagai pengalas perut dalam perjalanan.

Semua pegawai sempat beramah mesra dengan ketua Pengarah Kastam Malaysia dan beliau sempat memberi kata-kata nasihat kepada semua pegawai dan turut merangsang minda pegawai supaya berkhidmat dengan amanah dan jujur. Tidak ketinggalan beliau sempat menyentuh mengenai pelaksanaan sistem pencukaian baru GST yang akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan mulai Julai 2011 depan.

Kepada Y.Bhg Dato' Sri Hj Ibrahim Bin Hj Jaapar, Ketua Pengarah Kastam Malaysia, terima kasih kerana sudi singgah di pejabat kami.

No comments:

Post a Comment