Wednesday, July 13, 2011

BIRO PENGADUAN AWAM ADAKAN HARI MESRA PELANGGAN DI DAERAH SIPITANG

Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri akan mengadakan hari bertemu pelanggan (MESRA) mesra pelanggan di daerah Sipitang pada hari Khamis 21 Julai 2011. Program yang dianjurkan adalah dengan kerjasama Pejabat Daerah Sipitang, dan bertempat di Dewan Serbaguna Sipitang.

Dalam program ini, orang awam adalah dijemput hadir bagi memberikan maklumbalas mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di daerah ini. Selain sessi dialog dengan pihak ketua-ketua jabatan, satu siri gotong royong juga turut diadakan. Program ini akan dirasmikan oleh Setiausaha Persekutuan Sabah, Y,Bhg Dato' Muhammad Hatta Bin Abd Aziz, yang akan dihadiri oleh semua ketua-ketua jabatan dtau wakil.

Dalam majlis ini JKDM Sabah akan diwakili oleh dua Penolong Kanan Pengarah Kastam II, iaitu Tuan Haji Julaiman Siomin dari pelabuhan Sepanggar Kota Kinabalu, dan Tuan Purna Limbu Padamlal Limbu @ Mohd Fadzly  dari LTA Kota Kinabalu disamping akan turut dibantu oleh Ketua Kastam daerah Sipitang Tuan Harith Rahim.

No comments:

Post a Comment