Monday, June 20, 2011

PERDANA MENTERI LAWAT DAERAH SIPITANG

Perdana Menteri Malaysia., Y.A.B Dato Sri Mohamed Najib Bin Tun Hj Abd Razak, akan melawat daerah Sipitang pada 30 Jun 2011. Pelbagai program diatur sempena lawatan beliau yang melibatkan program belia, khususnya di Sipitang.

Beliau akan tiba dengan helikopter dan mendarat di padang Polis dan akan dibawa ke padang pekan Sipitang menaiki kenderaan khas. Di padang beliau akan disambut oleh ribuan rakyat daerah ini termasuk daripada pelbagai etnik. Setiba di pintu gerbang PM akan disambut dengan tarian tradisi pelbagai etnik dan akan melawat gerai-gerai etnik yang  telah didirikan bersempena GATA Sipitang 2011.

Selepas perasmian pesta GATA 2011, beliau akan merasmikan Esplanad Sipitang dan menyertai makan dan jamuan bersama rakyat di gerai sate esplanad Sipitang.

Meskipun program ini hanya akan mengambil masa sekitar dua jam, pelbagai program telah diatur antaranya program belia, sukan laut dan persembahan para motor glider oleh kelab sukan luncur udara Sipitang (KAWHAI). Dato Sri Najib merupakan PM kedua yang melawat Sipitang dalam tempoh 30 tahun. Rakyat pedalaman begitu teruja dengan lawatan PM yang telah dijadualkan 30 Jun nanti.

No comments:

Post a Comment