Sunday, September 25, 2011

KETUA KASTAM SIPITANG DIJEMPUT MEMBERI CERAMAH MOTIVASI PELAJAR SPM DI SMK PG OMAR 11

Ketua Kastam Daerah Sipitang, Tuan Harith Rahim telah dijemput memberikan ceramah dan motivasi kepada para pelajar tingkatan lima yang akan menduduki peperiksaan SPM pada bulan November nanti.

Usaha untuk menjemput tuan Harith Rahim memberi ceramah dan motivasi ini bermula daripada lawatan para pelajar dari sekolah berkenaan beberapa bulan yang lalu. Dalam ceramah ini Tuan Harith Rahim menyatakan betapa kecemerlangan memerlukan usaha yang berterusan dan disiplin diri yang amat ketat. Kecemerlangan bermula  dan datangnya daripada usaha diri sendiri dan sedikit dibantu oleh keluarga dan guru-guru.

Kata tuan Harith, kecemerlangan akan dibayar dengan ganjaran yang mahal oleh pihak kerajaan seperti biasiswa penuh, peluang belajar di universiti terbaik sama ada dalam dan luar negeri. Oleh itu kecemerlangan harus lah menjadi fokus setiap pelajar. Sambil membuat analogi beliau menyebut perbezaan o.1 saat membezakan seorang pelari terpantas dunia Usain Bolt untuk bergelar juara dunia dan juara olimpik....

Oleh itu kata beliau rancanglah mas depan anda dari sekarang...

No comments:

Post a Comment