Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Dato Sri Hj Ibrahim Bin Hj Jaapar telah menerima kunci sebagai tanda penyerahan kompleks marin Menumbok dari pihak kontraktor, yang seterusnya menyerahkan kepada Datuk Hj Md Yusop Bin Hj Mansor, selaku Pengarah Kastam Negeri Sabah. Dalam ucapannya Dato Sri Ibrahim, menyatakan kesyukuran kerana projek ini dapat disiapkan dan penempatan pegawai akan segera dilakukan. Kompleks ini yang berharga lebih dari lima juta ringgit merupakan pusat marin kastam yang akan memantau aktiviti penyeludupan barangan dari W.P Labuan selaku pulau bebas cukai.
No comments:
Post a Comment