Friday, June 18, 2010

KETUA PENGARAH JABATAN KASTAM MALAYSIA MEMBENTANGKAN KERTAS KERJA

Jumaat -18.6.2010, Kota Kinabalu, Ketua Pengarah Kastam Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Dato Sri Ibrahim Bin Hj Jaapar, telah membentangkan satu kertas kerja sempena seminar Integriti Kepimpinan dan Pembangunan anjuran JKDM Sabah dengan kerjasama Kesatuan Pegawai Kastam Sabah, dengan tajuk Gagasan JKDM Merealisasikan Gagasan 1M, di Wisma JKDM Sabah di Kota Kinabalu. Turut hadir adalah Datuk Md Yusop Bin Hj Mansor, Pengarah Kastam Negeri Sabah, Timbalan-timbalan Pengarah Kastam Negeri, Ketua-Ketua Kastam, Ketua Bahagian dan Ketua-ketua Kastam Daerah selain ahli-ahli persatuan dan kesatuan dalaman jabatan dari semua stesen di Sabah.

Dalam seminar ini, Dato Sri Ketua Pengarah telah menegaskan, bagi survival JKDM, anggota jabatan perlu memahami cabaran besar di alaf ke 21 dan melontarkan persoalan kemana JKDM di abad  ini, untuk itu selanjutnya beliau menegaskan  penyampaian perkhidmatan haruslah menepati kehendak pelanggan dan stake-holder. Selanjutnya melalui Pelan Perancangan Strategik JKDM 2010-2014 sekumpulan pemikir jabatan telah merangkumkan 325 tindakan yang perlu diberi perhatian. Namun kata beliau, jumlah itu tidak lah eksklusif dan banyak lagi tindakan perlu difikirkan oleh sebab itu juga CKRE dikenalpasti oleh kumpulan yang ditubuhkan.

Dato Sri Ibrahim Jaapar sedang kembentangkan kertas kerja beliau

Datuk Md Yusop Hj Mansor, menyampaikan ucapan alu-aluan beliau.

Seterusnya beliau memaklumkan cabaran menunggu mereka yang akan meneraju jabatan di masa muka, ini adalah disebabkan dalam masa terdekat ramai pengurusan tertinggi jabatan akan meninggalkan jabatan kerana telah sampai usia bersara wajib.


Antara pegawai kanan yang hadir

Antara peserta seminar yang hadir tekun mendengar ceramah Dato Sri Ibrahim Hj Jaapar

No comments:

Post a Comment