Tuesday, March 16, 2010

TAKLIMAT GST KEPADA MASYARAKAT DI DAERAH SIPITANG 30.3.2010

Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah, akan mengadakan taklimat GST ( Goods and Service Tax ) kepada masyarakat di daerah Sipitang pada 30.3.2010. Taklimat ini akan diadakan di dewan Tokong Cina di Tanjung Pagar pada jam 2;00 petang.

Kumpulan sasar dalam taklimat peringkat pertama ini adalah terdiri daripada golongan peniaga khususnya ahli-ahli Dewan Perniagaan Tiong Hua daerah Sipitang dan ketua-ketua Jabatan dan anggota jabatan kerajaan di daerah Sipitang.

Dalam menganjurkan majlis ini, beberapa pihak akan dilibatkan serta antaranya, Dewan Perniagaan Tiong Hua Sipitang, Ahli Dewan Undangan Negeri N28 Sindumin, Pejabat Pemipin Kemajuan Rakyat Sindumin, dan Pegawai Daerah dari Pejabat Daerah Sipitang, selain Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Penerangan Sipitang selain Majlis Daerah sendiri.

Taklimat  dijangka dikendalikan oleh ahli jawatankuasa  penyelaras GST Sabah, Penolong Kanan Pengarah II, Tuan Madrim Bin Tasan.Antara lain taklimat ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat didaerah ini, berkaitan dengan sistem pencukaian baru yang akan memansuhkan cukai jualan dan cukai perkhidmatan dengan pembatalan dua buah akta berkaitan apabila akta GST diperkenalkan.

Taklimat ini antara lain memberi peluang kepada rakyat khususnya pengguna di daerah ini, mengenai pelaksanaan sistem pencukaian dan mengwar-warkan kepada masyarakat. Sistem pencukaian baru GST dijangka dilaksanakan dalam bulan Julai 2011, menggantikan Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975, yang mana kedua-dua akta ini mempunyai kadar cukai berbeza-beza iaitu antara 5% hingga ke 10 % kadar cukai berbanding GST yang hanya mengenakan cukai secara 4% sahaja..

No comments:

Post a Comment