Monday, March 29, 2010

KETUA-KETUA JABATAN HADIR TAKLIMAT GST DI DEWAN PERPUSTAKAAN SIPITANG

Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri didaerah Sipitang, hadir satu taklimat GST yang telah disampaikan oleh Ketua Penyelaras GST negeri Sabah, Penolong Kanan Pengarah Kastam II, LTA Kota Kinabalu, Tuan Madrim Tassan, di dewan Perpustakaan daerah Sipitang.

Antara ketua-ketua jabatan yang hadir adalah Penolong Pegawai Daerah  Encik Ariffin Rukot, Ketua Daerah Tuan Haji Ariff Ismail. selain wakil ketua-ketua jabatan. Dalam taklimat ini tuan Madrim menjelaskan mengenai penghapusan dua akta yang berkuatkuasa iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan, dan digantikan dengan GST. dua akta berkenaan pada ketika ini mengenakan kadar cukai antara 5 - 10% manakala GST yang menggantikan akan mengenakan cukai 4% sahaja.

Tuan Madrim memohon kepada semua yang hadir dapat menyampaikan maklumat yang diberikan kepada semua rakan dan sahabat yang tidak dapat hadir dalam taklimat hari ini, supaya semua pihak kan dapat memahami hasrat kerajaan mengenakan cukai yang disamping memberi kefahaman yang mendalam kepada masyarakat bagi mengekakkan diputarbelit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

No comments:

Post a Comment