Wednesday, September 29, 2010

SIPITANG AKAN MENERIMA PEGAWAI DAERAH YANG BARU

Pegawai Daerah Sipitang Tuan Abd Wahab Abd Hamid, akan bertukar dan menjawat jawatan baru sebagai Timbalan Setiausaha Tetap di Kota Kinabalu. Semasa berucap dalam rumah terbuka Pejabat Daerah Sipitang yang disekalikan dengan jamuan perpisahan beliau, Tuan Abd Wahab telah melahirkan rasa senangnya semasa memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah di Sipitang dari pertengahan tahun 2006 sehingga September tahun ini, dan berdamping dengan kalangan pegawai danketua-ketua jabatan. Walaupun beliau berasa sedih kerana bertukar, namun melahirkan harapan agar kerjasama dan kemesraan yang terjalin semasa beliau memegang jawatan sebagai pegawai daerah akan diteruskan kepada pengganti beliau oleh semua pegawai dan ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan di daerah ini.

                                                    Pegawai Daerah sedang berucap

                                                    Abd Wahab terkenal dengan senyuman yang manis


                                                    Menerima cendera kenangan daripada ketua jabatan negeri



                                                    yang datang  (kiri) dan yang pergi ( kanan) ....

Seterusnya beliau berharap daerah Sipitang akan terus membangun seiring dengan daerah-daerah lain di Sabah. Turut dijemput dalam meraikan perpisahan beliau dan jamuah rumah terbuka hari raya ini adalah ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan  di daerah ini.

Pegawai pengganti  beliau sebagai pegawai daerah  Sipitang adalah anak tempatan yang berasal dari kampung Melalia iaitu Tuan Latip Hj Amat, yang juga tidak kurang mempunyai pengalaman luas kerana pernah berkhidmat sebagai penolong pegawai daerah di daerah ini sebelumnya, selain di daerah kecil Membakut dan di Bahagian Keselamatan  di Jabatan Ketua Menteri.


No comments:

Post a Comment