Friday, December 24, 2010

KETUA KASTAM DAERAH SIPITANG - JADI PENCERAMAH JEMPUTAN DI AKMAL INDUK DALAM KURSUS NEGOTIATION SKILL

Ketua Kastam Daerah Sipitang, Tuan Harith Rahim telah diundang untuk menjadi pensyarah jemputan serta mengendalikan kursus  Negotiation Skills untuk pegawai kanan jabatan yang rata-rata dari gred W48 - W52. Kursus ini adalah merupakan kursus pertama kali diadakan di AKMAL Melaka. Ia memakan masa selama empat hari bermula dari 20 Disember hingga 24 Disember 2010 yang lalu

 Pengarah kursus Tuan Saidi Ismail telah sedaya upaya untuk mendapatkan pensyarah dari luar jabatan khususnya dari INTAN untuk mengendalikan kursus, namun pihak berkenaan juga kekurangan tenaga pengajar. Sebagai alternatif anggota jabatan yang mempunyai latar belakang akademik berkaitan dengan kursus  telah dikenal pasti iaitu Tuan Harith Rahim. 

Dua orang penyelaras kursus membantu perjalanan kursus, iaitu Penolong Kanan PEngarah Kastam II Tuan Mohd Yusop Suji dan Penolong Kanan Pengarah Kastam II Tuan Azhar.   

Antara kandungan kursus adalah berkaitan Negotiation Skills dan perkara-perkara berkaitan perancangan negotiation khususnya persediaan sebelum, semasa dan sesudah. Selain itu  ia juga diselitkan dengan 'ethic in negotiation',  communication in negotiation, dan conflict and conflict resolution.

Peserta terdiri dari seluruh negara dan merupakan pegawai kanan yang perlu didedahkan dengan proses dalam 'negotiation' yang melibatkan pihak luar negara khususnya dalam persediaan JKDM menuju ke 2015 dan FTA dengan pelbagai negara. Hampir keseluruhan nota adalah dalam bahasa inggeris namun disampaikan dalam bahasa Malaysia oleh Tuan Harith Rahim.

PCKP Singapura telah dijemput bagi berkongsi pengalaman sebenar dalam perundingan, khususnya yang melibatkan jabatan. Tiga kes telah dibentangkan sebagai kajian kes dan ternyata ia amat menarik apatah lagi kandungan kursus ini benar-benar dapat diaplikasikan dalam ketiga-tiga kes yang berkaitan.

Kursus ini mungkin amat berguna dalam membantu jabatan dalam 'negotiation' yang melibatkan kepentingan jabatan dan negara di masa akan datang.

Tradisi bergambar ramai bersama Pengarah AKMAL

Serius mengadakan perbincangan dalam latih amal
 
  
Peserta sempat bergurau dalam mengurangkan tekanan semasa berkursus

 Kumpulan mecambah idea untuk latih amal



  Ada yang serius ada senyum...

  
Memerah otak mengaplikasikan apa yang diperolehi dalam ceramah


Setelah penat mendengar ceramah, masa untuk menjamu selera

 Acara wajib dalam setiap kursus...makan ikan bakar...


Terima kasih ........

No comments:

Post a Comment