Friday, February 11, 2011

PERAYAAN HARI KASTAM SEDUNIA PERINGKAT NEGERI SABAH DILANCAR OLEH PKN SABAH

Sambutan Hari Kastam Sedunia kali ke 29 peringkat negeri Sabah disambut dengan pelbagai acara. Peringkat kebangsaan telah lancarkan pada 27 Januari lalu di Kokmpleks Kelana Jaya Selangor oleh Y.B Timbalan Menteri Kewangan II, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein. Pagi tadi bertempat di bilik mesyuarat utama, Wisma Kastam Sabah, PKN Sabah Y.Bhg Tuan Haji Mohd Kassim Ismail melancarkan dan merasmikan sambutan Hari KAstam Sedunia peringkat negeri Sabah.

Sepanjang sambutan pelbagai aktiviti akan diadakan antaranya aktiviti sukan seperti futsal, badminton, bowling, bola sepak, hari keluarga disamping aktiviti kemasyarakatan. Pagi tadi dalam ucapannya Haji Mohd KAssim menggesa semua warga kastam supaya terus bekerja kuat demi mencapai hasrat dan cita-cita kepimpinan jabatan disamping memenuhi kepuasan stake holder dan pelanggan jabatan. Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana hasil daripada kerjasama semua pihak JKDM Sabah mencatatkan kutipan tertinggi pada tahunlalu, dan menyeru usaha diteruskan pada tahun ini.

Turut sama dalam pelancaran tadi adalah timbalan PKN Perkhidmatan Teknik Tuan Haji Janathan Bin Binbang, ketua-ketua kastam, ketua bahagian, dan ketua kastam daerah. Pagi tadi memulai acara adalah pemeriksaan barisan pasukan istiadat, seterusnya dibilik mesyuarat diadakan bacaan ikrar anggota kastam dan swasta. Manakala di ruang jalan kaki Jesselton Point berlangsung pameran JKDM.














No comments:

Post a Comment