Thursday, January 27, 2011

HARI KASTAM SEDUNIA KE 29 DIRAIKAN SEDERHANA TETAPI MERIAH

Sambutan Hari Kastam Sedunia kali ke 29 yang disambut pada 27 Januari 2011 diadakan di Kompleks Kastam Kelana Jaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan Y.B Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Dalam sambutan pada tahun ini, tema yang dipilih adalah Pengetahuan Sebagai Pemangkin Kecemerlangan, Knowlwdge As a Catalyst for Excellence. Menurut Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato Sri Mohd Khalid Yusof, tema pada tahun ini kena pada masanya ketika mana masyarakat peniaga dan orang awam telah mulai sedar tentang perkhidmatan JKDM. Contohnya keputusan-keputusan JKDM telah dicabar melalui tribunal malah juga di mahkamah.

Sekiranya para pegawai JKDM tidak melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan, sudah pasti akan menjejaskan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat.

Dalam sambutan yang diadakan di Kompleks KAstam Kelana Jaya pagi tadi,pelbagai aktiviti diadakan selain barisan kehormat, para penonton disajikan dengan persembahan muzik oleh kumpulan pancaragam dari Jabatan Penjara Kajang. Persembahan Tempur Tanpa Senjata oleh para pegawai dari bahagian penguatkuasaan, tidak kurang menariknya.

Di samping itu, persembahan oleh unit narkotik melalui persembahan dan kebolehan anjing pengesan K9 juga tidak kurang menariknya. Selain itu pelbagai pameran juga diadakan di sekitar sambutan perayaan.

Selain itu beberapa buah negeri, pertubuhan syarikat  dan individu diberi pengikhtirafan sempena Hari Kastam Sedunia tahun ini, antaranya negeri  paling tinggi kutipan hasil- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi negeri JUSA, dan bukan JUSA pula Negeri Trengganu.

Pegawai yang diberi pengikhtirafan dari Sabah adalah Tuan Bakri Mangka, penguasa Kastam Gred w41 dari Bahagian Penguatkuasaan, Kota Kinabalu. Tahniah!

JKDM juga tidak lupa terhadap sumbangan pihak swasta yang telah banyak menyumbang kepada kutipan cukai kepada JKDM, dalam menghargai sumbangan sedemikian sijil penghargaan diberikan kepada dua buah syarikat iaitu antaranya Produa.

Tokoh kastam tahun 2011 telah dianugerahkan kepada Tan Sri Khalil Abdul Mutalib, mantan ketua pengarah.

Pada keseluruhannya, sambutan tahun ini meskipun diadakan dengan sederhana, namun ia tetap meriah.
                                                     Persembahan K9 unit Narcotics
                                          Pentas VVIP
                                          keadaan dan suasana awal pagi sambutan
                                          beberapa KKdari Sabah dan Trengganu
                                            Suasana awal pagi para pegawai masih sibuk...
                                          Perbasiran dan kontingen pancaragam jabatan Penjara Kajang
                                                         KKD Sipitang bersama pegawai dari Trengganu
                                         Persembahan padang oleh band pancaragam Penjara Kajang
                                          Perbarisan oleh anggota dan pegawai
                                           Suasana awal pagi setiba di lokasi sambutan
                                           Pasukan istiadat JKdm berarak keluar..
                                   Barisan orang kuat JKDM Sabah
                                               Ceria bersama pegawai lain menunggu ketibaan VIP...
                                          Barisan pegawai kanan
                                          Barisan pegawai kanan
                                          menyaksikan perarakan keluar ..
                                          Segak dan bergaya...pasukan istiadat
                                                     Pentas VVIP
                                           Banner gergasi tema sambutan hari Kastam Sedunia
                                                    Latar belakang  pejabat JKDL WP Kuala Lumpur
                                             Perbarisan masuk kontingen ke dalam padang
                                            Perarakan masuk kontingen
                                            Kontongen berarak masuk
                                            Pasukan istiadat berarak masuk
                                                   kagum dengan kesegakan pasukan istiadat
                                          pancaragam penjara
                                         




                                              perarakankeluar pasukan pancaragam jabatan Penjara

                                           persembahan unit K9

Monday, January 10, 2011

PESTA GASING DAN TAMU BESAR SIPITANG -GATA 2011 AWAL JULAI

 Ketua Kastam Daerah Sipitang, bersama ahli jawatankuasa pelaksana yang lain

 Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta GATA 2011, Datuk Sapawi Hj Ahmad, Ahli Parlimen P 178 Sipitang sedang mempengerusikan mesyuarat pertama Pesta GATA 2011

 Sebahagian AJK Pelaksana yang hadir

 Datuk Sapawi bersama AJK Induk GATA 2011

Pesta Gasing dan Tamu Besar Sipitang atau lebih dikenali dengan nama Pesta GATA, akan dilangsungkan pada 1 - 3 Julai 2011 nanti. Mesyuarat AJK Pelaksana GATA 2011 telah diadakan di Bilik Majlis Daerah Sipitang  pada 11.1.2011 dan dipengerusikan oleh Pengerusi Induk GATA 2011, yang juga Ahli Parlimen Sipitang datuk Sapawi Hj Ahmad.

Sebagaimana pada GATA terdahulu, semua ketua-ketua jabatan didaerah Sipitang adalah secara otomatik dilantik sebagai ahli jawatankuasa pelaksana dalam Pesta GATA 2011 nanti.

Pelbagai acara  menarik dirancang bermula dari sekarang bagi memenuhi program yang berterusan, seperti seminar dan wacana keilmuan dan juga road show yang berupa program budaya.

GATA 2011 ini dijangka akan mengundang Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri sebagai tetamu istemewa dan sebagai perasmi pesta yang dijadualkan.

Tuesday, January 4, 2011

KEPADA YANG NAIK PANGKAT ...TAHNIAH

Sebelum tirai 2010 ditutup, sesetengah pegawai JKDM Sabah boleh menarik nafas lega apabila dinaikan pangkat, dan di Sabah terdapat 4 orang pegawai kanan terlibat. Antaranya adalah bekas Ketua Kastam Daerah Sipitang sendiri iaitu Tuan Zulkifli Abd Latif yang masa ini bertugas di LTA Kota Kinabalu.
Kepada semua warga yang dinaikkan pangkat, sekalung tahniah diucapkan....

Tuesday, December 28, 2010

PARA PERANCANG JKDM SABAH BERKAMPUNG DI KUDAT




Para perancang strategik JKDM Sabah berkampung di Kudat bagi  merancang perancangan strategik tahun 2011, sebagai landasan segala tindakan yang akan dilaksanakan dalam tahun depan.

Bengkel selama 3 hari ini telah diketuai dan dipimpin oleh Tuan Haji Janathan Binbang, Timbalan Pengarah Kastam Negeri (Perkkhidman Teknik)

Turut serta adalah semua pegawai dari seluruh Sabah termasuk Timbalan Pengarah Kastam Negeri (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Tuan Hamzah Bin Sundang dan Pemangku Timbalan Pengarah KAstam Negeri (Pematuhan dan Penguatkuasaan) Tuan Voo Neyon King.

Perasmian bengkel telah dirasmikan oleh Pengarah Kastam Negeri Sabah, Tuan Haji Mohd Kassim Bin Hj Ismail. Dalam ucapan perasmiannya beliau menggesa supaya semua program yang dirancang hendaklah memenuhi  harapan dan KPI JKDM.

Saturday, December 25, 2010

PANEL PTK DAN NEGOTIATION SKILLS

Jadual yang amat sibuk sepanjang bulan Disember, kerana terlibat dengan pelbagai aktiviti jabatan antaranya membantu jabatan dalam menjalankan PTK untuk gred W17 -W22 untuk siri II sebelum dimansuhkan awal bulan Januari 2011 nanti. Bermula di KUching pada 1-2 Disember, kemudian merancang kursus Negotiation Skills di AKMAL Induk, selepas itu di Gelang Patah Johor, kemudian disambung pula di AKMAL Melaka mengendalikan kursus selama 4 hari sebagai penceramah jemputan. Tugas yang cukup berat dan mencabar terutama sekali apabila mengendalikan kursus yang berada di luar daripada konteks jabatan.

Kesempatan diambil bagi merakamkan gambar-gambar yang istemewa sepanjang bertugas di luar. 27 -30 Disember satu lagi tugasan baru di Kudat bagi bengkel Perancangan Strategik JKDM Sabah 2011.
 Potato Spring

 Nampak Sedap

Goreng dulu...

Menu Ala Kassim...


Unik..bot terpakai dijadikan tempat memperaga ikan ..

   Ono di Johor....Medan Selera Taman Uni...


Rojak buah..Cik Kak ni asal ayah dia dari Seberang...kini ayah tiri orang Sarawak
Tapi rojak buah dia jual  memang sedap...