Ketua Kastam Daerah Sipitang, bersama ahli jawatankuasa pelaksana yang lain
Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta GATA 2011, Datuk Sapawi Hj Ahmad, Ahli Parlimen P 178 Sipitang sedang mempengerusikan mesyuarat pertama Pesta GATA 2011
Sebahagian AJK Pelaksana yang hadir
Datuk Sapawi bersama AJK Induk GATA 2011
Pesta Gasing dan Tamu Besar Sipitang atau lebih dikenali dengan nama Pesta GATA, akan dilangsungkan pada 1 - 3 Julai 2011 nanti. Mesyuarat AJK Pelaksana GATA 2011 telah diadakan di Bilik Majlis Daerah Sipitang pada 11.1.2011 dan dipengerusikan oleh Pengerusi Induk GATA 2011, yang juga Ahli Parlimen Sipitang datuk Sapawi Hj Ahmad.
Sebagaimana pada GATA terdahulu, semua ketua-ketua jabatan didaerah Sipitang adalah secara otomatik dilantik sebagai ahli jawatankuasa pelaksana dalam Pesta GATA 2011 nanti.
Pelbagai acara menarik dirancang bermula dari sekarang bagi memenuhi program yang berterusan, seperti seminar dan wacana keilmuan dan juga road show yang berupa program budaya.
GATA 2011 ini dijangka akan mengundang Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri sebagai tetamu istemewa dan sebagai perasmi pesta yang dijadualkan.
boleh ka kalau pesta gata 2011 ni ada tarian etnik dari kami??
ReplyDelete