Sambutan Hari Kastam Sedunia kali ke 29 yang disambut pada 27 Januari 2011 diadakan di Kompleks Kastam Kelana Jaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan Y.B Datuk Dr Awang Adek Hussein.
Dalam sambutan pada tahun ini, tema yang dipilih adalah Pengetahuan Sebagai Pemangkin Kecemerlangan, Knowlwdge As a Catalyst for Excellence. Menurut Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato Sri Mohd Khalid Yusof, tema pada tahun ini kena pada masanya ketika mana masyarakat peniaga dan orang awam telah mulai sedar tentang perkhidmatan JKDM. Contohnya keputusan-keputusan JKDM telah dicabar melalui tribunal malah juga di mahkamah.
Sekiranya para pegawai JKDM tidak melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan, sudah pasti akan menjejaskan perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat.
Dalam sambutan yang diadakan di Kompleks KAstam Kelana Jaya pagi tadi,pelbagai aktiviti diadakan selain barisan kehormat, para penonton disajikan dengan persembahan muzik oleh kumpulan pancaragam dari Jabatan Penjara Kajang. Persembahan Tempur Tanpa Senjata oleh para pegawai dari bahagian penguatkuasaan, tidak kurang menariknya.
Di samping itu, persembahan oleh unit narkotik melalui persembahan dan kebolehan anjing pengesan K9 juga tidak kurang menariknya. Selain itu pelbagai pameran juga diadakan di sekitar sambutan perayaan.
Selain itu beberapa buah negeri, pertubuhan syarikat dan individu diberi pengikhtirafan sempena Hari Kastam Sedunia tahun ini, antaranya negeri paling tinggi kutipan hasil- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi negeri JUSA, dan bukan JUSA pula Negeri Trengganu.
Pegawai yang diberi pengikhtirafan dari Sabah adalah Tuan Bakri Mangka, penguasa Kastam Gred w41 dari Bahagian Penguatkuasaan, Kota Kinabalu. Tahniah!
JKDM juga tidak lupa terhadap sumbangan pihak swasta yang telah banyak menyumbang kepada kutipan cukai kepada JKDM, dalam menghargai sumbangan sedemikian sijil penghargaan diberikan kepada dua buah syarikat iaitu antaranya Produa.
Tokoh kastam tahun 2011 telah dianugerahkan kepada Tan Sri Khalil Abdul Mutalib, mantan ketua pengarah.
Pada keseluruhannya, sambutan tahun ini meskipun diadakan dengan sederhana, namun ia tetap meriah.
Persembahan K9 unit Narcotics
Pentas VVIP
keadaan dan suasana awal pagi sambutan
beberapa KKdari Sabah dan Trengganu
Suasana awal pagi para pegawai masih sibuk...
Perbasiran dan kontingen pancaragam jabatan Penjara Kajang
KKD Sipitang bersama pegawai dari Trengganu
Persembahan padang oleh band pancaragam Penjara Kajang
Perbarisan oleh anggota dan pegawai
Suasana awal pagi setiba di lokasi sambutan
Pasukan istiadat JKdm berarak keluar..
Barisan orang kuat JKDM Sabah
Ceria bersama pegawai lain menunggu ketibaan VIP...
Barisan pegawai kanan
Barisan pegawai kanan
menyaksikan perarakan keluar ..
Segak dan bergaya...pasukan istiadat
Pentas VVIP
Banner gergasi tema sambutan hari Kastam Sedunia
Latar belakang pejabat JKDL WP Kuala Lumpur
Perbarisan masuk kontingen ke dalam padang
Perarakan masuk kontingen
Kontongen berarak masuk
Pasukan istiadat berarak masuk
kagum dengan kesegakan pasukan istiadat
pancaragam penjara
perarakankeluar pasukan pancaragam jabatan Penjara
persembahan unit K9
No comments:
Post a Comment