Umat Islam diseluruh dunia sibuk mengerjakan ibadah puasa sempena Ramadhan. Setelah memasuki minggu ketiga umat islam berpuasa, suasana hari raya semakin terasa. Ini dapat dilihat melalui hiasan-hiasan di pusat-pusat membeli-belah selain dendangan lagu-lagu hari raya.
Pejabat-pejabat kerajaan juga tidak ketinggalan menghias sempena lebaran yang mendatang seperti memasang lampu-lampu beraneka warna disamping anyaman ketupat di dinding-dinding pejabat hasil kreativiti dan kerjasama sesama pegawai.
JKDM Sipitang dalam hal ini tidak ketinggalan dalam menyambut kemeriahan syawal yang bakal menjelma. Pejabat telah dimula dihias indah dengan ketupat dan lampu hiasan dan suasana ini mendahului program 5S yang juga sedang rancak dijalankan. Apapun kepada semua umat islam dan warga JKDM yang beragama islam selamat berpuasa dan meningkatkan ibadah serta menyambut hari raya aidil fitri wal fa'idzin daripada semua warga JKDM Sipitang.
No comments:
Post a Comment