Tuesday, July 12, 2011

WARGA JKDM SIPITANG HADIR KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI

Pengurusan kewangan peribadi merupakan perkara penting dalam pengurusan kewangan dan kehidupan seharian. Perancangan kewangan yang baik menjadi ciri penting dalam menentukan masa depan yang cemerlang. Kursus yang diadakan selama dua hari ini, pihak JKDM Sipitang menghantar dua orang wakil iaitu PiK Zaini Md Said dan PiK Iznan Abidin

Kursus anjuran  INSAN Sabah ini dan ceramah telah  disampaikan oleh Puan Ratnawati Datuk Hj Othman seorang penceramah yang berpengalaman. Intipati ceramah ini adalah pengurusan yang baik dalam mengendalikan kewangan peribadi, terutama sekali dalam keadaan dimana kemahuan yang tidak terhad yang berlawanan dengan kemampuan yang terhad. Dengan adanya kursus sedemikian ia dapat dimanfaatkan untuk kepentingan diri dalam pengurusan kewangan.

No comments:

Post a Comment