Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri akan mengadakan hari bertemu pelanggan (MESRA) mesra pelanggan di daerah Sipitang pada hari Khamis 21 Julai 2011. Program yang dianjurkan adalah dengan kerjasama Pejabat Daerah Sipitang, dan bertempat di Dewan Serbaguna Sipitang.
Dalam program ini, orang awam adalah dijemput hadir bagi memberikan maklumbalas mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di daerah ini. Selain sessi dialog dengan pihak ketua-ketua jabatan, satu siri gotong royong juga turut diadakan. Program ini akan dirasmikan oleh Setiausaha Persekutuan Sabah, Y,Bhg Dato' Muhammad Hatta Bin Abd Aziz, yang akan dihadiri oleh semua ketua-ketua jabatan dtau wakil.
Dalam majlis ini JKDM Sabah akan diwakili oleh dua Penolong Kanan Pengarah Kastam II, iaitu Tuan Haji Julaiman Siomin dari pelabuhan Sepanggar Kota Kinabalu, dan Tuan Purna Limbu Padamlal Limbu @ Mohd Fadzly dari LTA Kota Kinabalu disamping akan turut dibantu oleh Ketua Kastam daerah Sipitang Tuan Harith Rahim.
Blog JKDM Sipitang dihasilkan bagi memaparkan aktiviti jabatan dan kakitangannya sebagai tatapan umum untuk dikongsi bersama.
Wednesday, July 13, 2011
Tuesday, July 12, 2011
WARGA JKDM SIPITANG HADIR KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI
Pengurusan kewangan peribadi merupakan perkara penting dalam pengurusan kewangan dan kehidupan seharian. Perancangan kewangan yang baik menjadi ciri penting dalam menentukan masa depan yang cemerlang. Kursus yang diadakan selama dua hari ini, pihak JKDM Sipitang menghantar dua orang wakil iaitu PiK Zaini Md Said dan PiK Iznan Abidin
Kursus anjuran INSAN Sabah ini dan ceramah telah disampaikan oleh Puan Ratnawati Datuk Hj Othman seorang penceramah yang berpengalaman. Intipati ceramah ini adalah pengurusan yang baik dalam mengendalikan kewangan peribadi, terutama sekali dalam keadaan dimana kemahuan yang tidak terhad yang berlawanan dengan kemampuan yang terhad. Dengan adanya kursus sedemikian ia dapat dimanfaatkan untuk kepentingan diri dalam pengurusan kewangan.
JETI SFI AMAL ISPS CODE
Jeti Sabah Forest Industries telah mengamalkan kod keselamatan antarabangsa ISPS Code yang meliputi keselamatan persekitaran jeti, sebagaimana dikehendaki dibawah keselamatan jeti-jeti antarabangsa.
Satu taklimat kepada semua agensi dan jabatan berkaitan telah dilakukan di pejabat SFI pada Mei lalu dan JKDM Sipitang yang dihadiri oleh PiKK Tuan Hj Said Hamid dan PiKK Jaimin Yacob.
Satu taklimat kepada semua agensi dan jabatan berkaitan telah dilakukan di pejabat SFI pada Mei lalu dan JKDM Sipitang yang dihadiri oleh PiKK Tuan Hj Said Hamid dan PiKK Jaimin Yacob.
Friday, July 1, 2011
FESTIVAL DWI TAHUNAN GATA SIPITANG PENTAS TARIK PELANCONG
Festival GATA yang diadakan dua kali dalam setahun merupakan festival yang berupaya menarik pelancong dalam dan luar negeri untuk melihat sendiri keunikan dan kepelbagaian kaum yang terdapat di daerah Sipitang khasnya dan di Sabah amnya.
Festival tahun ini ternyata lebih meriah apabila ia dilancarkan oleh Y.A.B Dato' Sri Najib Bin Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Pelbagai aktiviti dan program bagi mengisi festival yang diadakan selama 3 hari ini, antaranya termasuklah persembahan kebudayaan, sukan dan pameran oleh pelbagai pihak termasuk jabatan dan agensi kerajaan serta swasta.
Dalam program sukan, teruatama tarik tali dan gasing, telah berjaya menarik penyertaan dari negara Brunei Darussalam, Singapura dan Kalmantan Indonesia.
Subscribe to:
Posts (Atom)