Wednesday, April 21, 2010

CUSTOMS WORKSHOP ON WILDLIFE CRIME SEBAGAI LANGKAH MENGAWAL HIDUPAN LIAR NEGARA

" HEART OF BORNEO, CUSTOMS WORKSHOP ON WILDLIFE CRIME " yang diadakan di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam berlangsung dari 17 - 21 April 2010 lalu, yang turut dihadiri daripada pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan, seperti Kastam, Perhutanan dan Pertanian daripada tiga buah negara ASEAN iaitu daripada Negara Brunei Daeussalam, Malaysia dan Indonesia. Worksyop ini telah dianjurkankan oleh TRAFFIK Malaysia sebuah NGO di bawah World WildLife Fund (WWF).

Pulau Borneo yang terletak tiga buah negara iaitu Malaysia ( Sabah dan Sarawak), Indonesia (Kalimantan) dan Negara Brunei Darussalam, amat kaya dengan biodiversiti. Oleh itu worksyop mengenai wildlife crime amat kena pada masanya.

Dalam worksyop ini setiap agensi telah diberikan masa selama 15 minit mengenai peranan jabatan dan agensi masing-masing dalam menangani 'wildlife crime'. Antara lain dalam worksyop ini para peserta telah didedahkan mengenai jenis-jenis ancaman terhadap wildlife yang menjadi khazanah negara seperti flora dan fauna.

Antara ancaman yang ketara adalah pemusnahan alam sekitar  dan 'encroachment' para pemburu haram termasuk pemburuan terhadap flora dan fauna yang tidak ternilai harganya, antaranya kayu gaharu, . Peringkat kedua adalah penyeludupan flora dan fauna ke luar negara seperti 'pangulin', ular termasuk serangga dan bunga orchid disamping telur penyu.

Para peserta worksyop turut dibawa melawat ke Ulu-Ulu Resort iaitu sebuah Taman Negara Negara Brunei Darussalam, yang terletak di daerah Temburong. Taman Negara ini layak digelar "Syurga Rimba atau Heaven of Forest" dengan keadaan hutan rimba yang masih kekal keasliannya berbading ditempat lain yang telah tercemar akibat pencerobohan hutan yang keterlaluan.

Ketua Kastam Daerah Sipitang bersama Ketua Kastam Stesen Miri (Tengah) 
semasa worksyop berjalan.

Perjalanan keresort ini dari Hotel dimana worksyop diadakan begitu mencabar dari segi mental dan fizikal. Dari hotel ke Jeti di Kampung Air mengambil masa hampir 20 minit, manakala dari Jeti di Kampung Air ke Jeti di Pekan Bangar dengan bot ekspres  selama 40 minit dan dari Pekan Bangar    ke Outward Bound ( Dead Road) mengambil masa lebih 30 minit perjalanan sebelum menaiki (temuai) bot panjang dengan setiap bot  dinaiki 5-6 orang meniti hulu sungai dengan jeram dan arus yang deras lagi merbahaya. Begitu juga perjalanan balik yang tidak kurang mencabarnya.

No comments:

Post a Comment