Tuesday, March 2, 2010

KETUA KASTAM DAERAH SIPITANG HADIR KURSUS RISK MANAGEMENT ON PRE AND POST CLEARENCE

Ketua Kastam Daerah Sipitang, Tuan Harith Rahim sedang menghadiri kursus "Risk Managemant On Pre and Post Clearance Of Goods" di AKMAL Wilayah Sabah, dari 1 Mac - 5 Mac 2010, di Menggatal Kota Kinabalu. Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Perkhidmatan Teknik Ibu Pejabat Putrajaya, dengan kerjasama kerajaan Jepun melalui JCI. Dalam kursus ini para peserta didedahkan mengenai teknik-teknik mengenai pengurusan risiko berhubung dengan pengimport dan pengeksport.

Tenaga pengajar adalah terdiri daripada kalangan 'expert' Kastam dari negara Matahari Terbit. Walaupun sedikit kesukaran memahami ceramah yang disampaikan disebabkan oleh komunikasi menggunakan bahasa Inggeris berslanga Jepun, namun kekuatan semangat dapat membantu memahami intipati kursus yang dijalankan.

Peserta kursus terdiri dari pelbagai gred dari W22 hingga ke gred W48 dan para peserta datang dari seluruh negara, seperti Ibu Pejabat Kuala Lumpur, Sarawak, W.P Labuan selain semua bahagian dan semua stesen Kastam Di  Sabah. Aregato Kuzaimasta.

No comments:

Post a Comment