Blog JKDM Sipitang dihasilkan bagi memaparkan aktiviti jabatan dan kakitangannya sebagai tatapan umum untuk dikongsi bersama.
Tuesday, December 28, 2010
PARA PERANCANG JKDM SABAH BERKAMPUNG DI KUDAT
Para perancang strategik JKDM Sabah berkampung di Kudat bagi merancang perancangan strategik tahun 2011, sebagai landasan segala tindakan yang akan dilaksanakan dalam tahun depan.
Bengkel selama 3 hari ini telah diketuai dan dipimpin oleh Tuan Haji Janathan Binbang, Timbalan Pengarah Kastam Negeri (Perkkhidman Teknik)
Turut serta adalah semua pegawai dari seluruh Sabah termasuk Timbalan Pengarah Kastam Negeri (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Tuan Hamzah Bin Sundang dan Pemangku Timbalan Pengarah KAstam Negeri (Pematuhan dan Penguatkuasaan) Tuan Voo Neyon King.
Perasmian bengkel telah dirasmikan oleh Pengarah Kastam Negeri Sabah, Tuan Haji Mohd Kassim Bin Hj Ismail. Dalam ucapan perasmiannya beliau menggesa supaya semua program yang dirancang hendaklah memenuhi harapan dan KPI JKDM.
Saturday, December 25, 2010
PANEL PTK DAN NEGOTIATION SKILLS
Jadual yang amat sibuk sepanjang bulan Disember, kerana terlibat dengan pelbagai aktiviti jabatan antaranya membantu jabatan dalam menjalankan PTK untuk gred W17 -W22 untuk siri II sebelum dimansuhkan awal bulan Januari 2011 nanti. Bermula di KUching pada 1-2 Disember, kemudian merancang kursus Negotiation Skills di AKMAL Induk, selepas itu di Gelang Patah Johor, kemudian disambung pula di AKMAL Melaka mengendalikan kursus selama 4 hari sebagai penceramah jemputan. Tugas yang cukup berat dan mencabar terutama sekali apabila mengendalikan kursus yang berada di luar daripada konteks jabatan.
Kesempatan diambil bagi merakamkan gambar-gambar yang istemewa sepanjang bertugas di luar. 27 -30 Disember satu lagi tugasan baru di Kudat bagi bengkel Perancangan Strategik JKDM Sabah 2011.
Ono di Johor....Medan Selera Taman Uni...
Kesempatan diambil bagi merakamkan gambar-gambar yang istemewa sepanjang bertugas di luar. 27 -30 Disember satu lagi tugasan baru di Kudat bagi bengkel Perancangan Strategik JKDM Sabah 2011.
Potato Spring
Nampak Sedap
Goreng dulu...
Menu Ala Kassim...
Unik..bot terpakai dijadikan tempat memperaga ikan ..
Rojak buah..Cik Kak ni asal ayah dia dari Seberang...kini ayah tiri orang Sarawak
Tapi rojak buah dia jual memang sedap...
Friday, December 24, 2010
KETUA KASTAM DAERAH SIPITANG - JADI PENCERAMAH JEMPUTAN DI AKMAL INDUK DALAM KURSUS NEGOTIATION SKILL
Ketua Kastam Daerah Sipitang, Tuan Harith Rahim telah diundang untuk menjadi pensyarah jemputan serta mengendalikan kursus Negotiation Skills untuk pegawai kanan jabatan yang rata-rata dari gred W48 - W52. Kursus ini adalah merupakan kursus pertama kali diadakan di AKMAL Melaka. Ia memakan masa selama empat hari bermula dari 20 Disember hingga 24 Disember 2010 yang lalu
Pengarah kursus Tuan Saidi Ismail telah sedaya upaya untuk mendapatkan pensyarah dari luar jabatan khususnya dari INTAN untuk mengendalikan kursus, namun pihak berkenaan juga kekurangan tenaga pengajar. Sebagai alternatif anggota jabatan yang mempunyai latar belakang akademik berkaitan dengan kursus telah dikenal pasti iaitu Tuan Harith Rahim.
Dua orang penyelaras kursus membantu perjalanan kursus, iaitu Penolong Kanan PEngarah Kastam II Tuan Mohd Yusop Suji dan Penolong Kanan Pengarah Kastam II Tuan Azhar.
Antara kandungan kursus adalah berkaitan Negotiation Skills dan perkara-perkara berkaitan perancangan negotiation khususnya persediaan sebelum, semasa dan sesudah. Selain itu ia juga diselitkan dengan 'ethic in negotiation', communication in negotiation, dan conflict and conflict resolution.
Peserta terdiri dari seluruh negara dan merupakan pegawai kanan yang perlu didedahkan dengan proses dalam 'negotiation' yang melibatkan pihak luar negara khususnya dalam persediaan JKDM menuju ke 2015 dan FTA dengan pelbagai negara. Hampir keseluruhan nota adalah dalam bahasa inggeris namun disampaikan dalam bahasa Malaysia oleh Tuan Harith Rahim.
PCKP Singapura telah dijemput bagi berkongsi pengalaman sebenar dalam perundingan, khususnya yang melibatkan jabatan. Tiga kes telah dibentangkan sebagai kajian kes dan ternyata ia amat menarik apatah lagi kandungan kursus ini benar-benar dapat diaplikasikan dalam ketiga-tiga kes yang berkaitan.
PCKP Singapura telah dijemput bagi berkongsi pengalaman sebenar dalam perundingan, khususnya yang melibatkan jabatan. Tiga kes telah dibentangkan sebagai kajian kes dan ternyata ia amat menarik apatah lagi kandungan kursus ini benar-benar dapat diaplikasikan dalam ketiga-tiga kes yang berkaitan.
Kursus ini mungkin amat berguna dalam membantu jabatan dalam 'negotiation' yang melibatkan kepentingan jabatan dan negara di masa akan datang.
Tradisi bergambar ramai bersama Pengarah AKMAL
Serius mengadakan perbincangan dalam latih amal
Peserta sempat bergurau dalam mengurangkan tekanan semasa berkursus
Kumpulan mecambah idea untuk latih amal
Ada yang serius ada senyum...
Memerah otak mengaplikasikan apa yang diperolehi dalam ceramah
Setelah penat mendengar ceramah, masa untuk menjamu selera
Acara wajib dalam setiap kursus...makan ikan bakar...
Terima kasih ........
Wednesday, November 3, 2010
TIMBALAN KETUA PENGARAH KASTAM DIANUGERAHI GELARAN DATO
Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Md Yusop Hj Mansor telah dianugerahi gelaran Dato oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang bersempena dengan hari keputeraan baginda baru-baru ini.
Warga JKDM Sipitang mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas anugerah yang diterima. Tahniah Dato!
Warga JKDM Sipitang mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas anugerah yang diterima. Tahniah Dato!
Monday, November 1, 2010
TIMBALAN PENGARAH KASTAM (KCDN) SARAWAK LAWAT KASTAM SIPITANG
Timbalan Pengarah Kastam Negeri ( Perkastaman dan cukai Dalam Negeri) Sarawak, Tuan Kamaruddin Bin Abdullah melawat pejabat Kastam Sipitang dalam rangka lawatan beliau ke pejabat Kastam Lawas. beliau turut diiringi oleh Ketua Kastam Lawas Tuan Nanagn Ak Lompat dan Tuan Sigar Palung dari bahagian Penguatkuasaan Limbang.
Dalam lawatan ringkas ini PPK Tuan Harith rahim sempat memberikan taklimat ringkas mengenai operasi perkastaman di JKDM Sipitang kepada beliau dan rombongan beliau.
Dalam lawatan ringkas ini PPK Tuan Harith rahim sempat memberikan taklimat ringkas mengenai operasi perkastaman di JKDM Sipitang kepada beliau dan rombongan beliau.
Monday, October 18, 2010
MANTAN KETUA PENGARAH KASTAM DIRAIKAN PENUH GEMILANG DI KOTA KINABALU
Mantan Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato Sri Ibrahim Bin Hj Jaapar, yang telah bersara pada 2.10.2010 yang lalu telah diraikan oleh warga JKDM Sabah di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu. Majlis keraian ini dianjurkan bagi mengenang jasa yang telah beliau curahkan kepada JKDM khususnya di Sabah yang merupakan pernah menjawat sebagai timbalan PKN sebelum menjawat jawatan sebagai PKN Sabah.
Majlis ini merupakan anjuran oleh pegawai dan anggota JKDM Sabah sendiri. Pelbagai acara telah diatur pada malam berkenaan seperti persembahan tarian, nyanyian, karaoke dan deklamasi sajak selain tayangan video clip yang memaparkan perjalanan awal beliau di JKDM sehingga menjawat jawatan sebagai KP.
Antara Pegawai yang hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Md Yusop Hj Mansor
PKN Sabah mengiringi tetamu yang dirai
Bermesra dengan para pegawai yang hadir
bersama rakan-rakan dari pihak swasta
Persembahan tarian oleh anggota jabatan
bakat anggota juga terserlah dalam majlis ini
Mantan KP sedang berucap
Dalam ucapan beliau, sesunggguhnya beliau begitu yakin dengan kempimpinan dan bakat yang ada pada para diri pegawai di Sabah dan jika diberi peluang mereka juga boleh merjaya meneraju jabatan di masa depan. selanjutnya beliau mengharapkan semua pegawai dan anggota jabatan memberi kerjasama dan komitmen bagi memastikan jabatan terus maju di maa depan.
cendera kenangan kepada Dato Sri
Ketua Kastam Menumbok juga tidak ketinggalan
Kepada Dato Sri Ibrahim Hj Jaapar, diucapkan selamat bersara dan didoakan mendapat kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan.
KETUA KASTAM DAERAH PENIALI PTK GRED W27 DI SELANGOR
Tuan Harith Rahim, Ketua Kastam Daerah Sipitang telah diberi tanggungjawab melaksanakan tugas sebagai penilai PTK bagi gred W27 di Wisma Kastam Pulau Indah Selangor Darul Ehsan bersama-sama dengan panel dari Negeri Sembilan dan Selangor sendiri.
Bersama Dato Roslan, PKN Selangor
Seramai 10 orang calon terdiri daripada beberapa negeri menghadiri PTK di Selangor antaranya dari Sarawak, Kelantan, Wilayah Persekutuan, Putrajaya selain dari Selangor sendiri.
Antara calon yang hadir
bergambar kenangan di foyer Wisma JKDM SelangorBersama Dato Roslan, PKN Selangor
Seramai 10 orang calon terdiri daripada beberapa negeri menghadiri PTK di Selangor antaranya dari Sarawak, Kelantan, Wilayah Persekutuan, Putrajaya selain dari Selangor sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)



























