Blog JKDM Sipitang dihasilkan bagi memaparkan aktiviti jabatan dan kakitangannya sebagai tatapan umum untuk dikongsi bersama.
Tuesday, December 28, 2010
PARA PERANCANG JKDM SABAH BERKAMPUNG DI KUDAT
Para perancang strategik JKDM Sabah berkampung di Kudat bagi merancang perancangan strategik tahun 2011, sebagai landasan segala tindakan yang akan dilaksanakan dalam tahun depan.
Bengkel selama 3 hari ini telah diketuai dan dipimpin oleh Tuan Haji Janathan Binbang, Timbalan Pengarah Kastam Negeri (Perkkhidman Teknik)
Turut serta adalah semua pegawai dari seluruh Sabah termasuk Timbalan Pengarah Kastam Negeri (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Tuan Hamzah Bin Sundang dan Pemangku Timbalan Pengarah KAstam Negeri (Pematuhan dan Penguatkuasaan) Tuan Voo Neyon King.
Perasmian bengkel telah dirasmikan oleh Pengarah Kastam Negeri Sabah, Tuan Haji Mohd Kassim Bin Hj Ismail. Dalam ucapan perasmiannya beliau menggesa supaya semua program yang dirancang hendaklah memenuhi harapan dan KPI JKDM.
Saturday, December 25, 2010
PANEL PTK DAN NEGOTIATION SKILLS
Jadual yang amat sibuk sepanjang bulan Disember, kerana terlibat dengan pelbagai aktiviti jabatan antaranya membantu jabatan dalam menjalankan PTK untuk gred W17 -W22 untuk siri II sebelum dimansuhkan awal bulan Januari 2011 nanti. Bermula di KUching pada 1-2 Disember, kemudian merancang kursus Negotiation Skills di AKMAL Induk, selepas itu di Gelang Patah Johor, kemudian disambung pula di AKMAL Melaka mengendalikan kursus selama 4 hari sebagai penceramah jemputan. Tugas yang cukup berat dan mencabar terutama sekali apabila mengendalikan kursus yang berada di luar daripada konteks jabatan.
Kesempatan diambil bagi merakamkan gambar-gambar yang istemewa sepanjang bertugas di luar. 27 -30 Disember satu lagi tugasan baru di Kudat bagi bengkel Perancangan Strategik JKDM Sabah 2011.
Ono di Johor....Medan Selera Taman Uni...
Kesempatan diambil bagi merakamkan gambar-gambar yang istemewa sepanjang bertugas di luar. 27 -30 Disember satu lagi tugasan baru di Kudat bagi bengkel Perancangan Strategik JKDM Sabah 2011.
Potato Spring
Nampak Sedap
Goreng dulu...
Menu Ala Kassim...
Unik..bot terpakai dijadikan tempat memperaga ikan ..
Rojak buah..Cik Kak ni asal ayah dia dari Seberang...kini ayah tiri orang Sarawak
Tapi rojak buah dia jual memang sedap...
Friday, December 24, 2010
KETUA KASTAM DAERAH SIPITANG - JADI PENCERAMAH JEMPUTAN DI AKMAL INDUK DALAM KURSUS NEGOTIATION SKILL
Ketua Kastam Daerah Sipitang, Tuan Harith Rahim telah diundang untuk menjadi pensyarah jemputan serta mengendalikan kursus Negotiation Skills untuk pegawai kanan jabatan yang rata-rata dari gred W48 - W52. Kursus ini adalah merupakan kursus pertama kali diadakan di AKMAL Melaka. Ia memakan masa selama empat hari bermula dari 20 Disember hingga 24 Disember 2010 yang lalu
Pengarah kursus Tuan Saidi Ismail telah sedaya upaya untuk mendapatkan pensyarah dari luar jabatan khususnya dari INTAN untuk mengendalikan kursus, namun pihak berkenaan juga kekurangan tenaga pengajar. Sebagai alternatif anggota jabatan yang mempunyai latar belakang akademik berkaitan dengan kursus telah dikenal pasti iaitu Tuan Harith Rahim.
Dua orang penyelaras kursus membantu perjalanan kursus, iaitu Penolong Kanan PEngarah Kastam II Tuan Mohd Yusop Suji dan Penolong Kanan Pengarah Kastam II Tuan Azhar.
Antara kandungan kursus adalah berkaitan Negotiation Skills dan perkara-perkara berkaitan perancangan negotiation khususnya persediaan sebelum, semasa dan sesudah. Selain itu ia juga diselitkan dengan 'ethic in negotiation', communication in negotiation, dan conflict and conflict resolution.
Peserta terdiri dari seluruh negara dan merupakan pegawai kanan yang perlu didedahkan dengan proses dalam 'negotiation' yang melibatkan pihak luar negara khususnya dalam persediaan JKDM menuju ke 2015 dan FTA dengan pelbagai negara. Hampir keseluruhan nota adalah dalam bahasa inggeris namun disampaikan dalam bahasa Malaysia oleh Tuan Harith Rahim.
PCKP Singapura telah dijemput bagi berkongsi pengalaman sebenar dalam perundingan, khususnya yang melibatkan jabatan. Tiga kes telah dibentangkan sebagai kajian kes dan ternyata ia amat menarik apatah lagi kandungan kursus ini benar-benar dapat diaplikasikan dalam ketiga-tiga kes yang berkaitan.
PCKP Singapura telah dijemput bagi berkongsi pengalaman sebenar dalam perundingan, khususnya yang melibatkan jabatan. Tiga kes telah dibentangkan sebagai kajian kes dan ternyata ia amat menarik apatah lagi kandungan kursus ini benar-benar dapat diaplikasikan dalam ketiga-tiga kes yang berkaitan.
Kursus ini mungkin amat berguna dalam membantu jabatan dalam 'negotiation' yang melibatkan kepentingan jabatan dan negara di masa akan datang.
Tradisi bergambar ramai bersama Pengarah AKMAL
Serius mengadakan perbincangan dalam latih amal
Peserta sempat bergurau dalam mengurangkan tekanan semasa berkursus
Kumpulan mecambah idea untuk latih amal
Ada yang serius ada senyum...
Memerah otak mengaplikasikan apa yang diperolehi dalam ceramah
Setelah penat mendengar ceramah, masa untuk menjamu selera
Acara wajib dalam setiap kursus...makan ikan bakar...
Terima kasih ........
Subscribe to:
Posts (Atom)