Tuesday, July 27, 2010

ALBUM AKTIVITI SEMARAK GST




Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah dengan kerjasama Pejabat Perhubungan Parlimen P177 Beaufort telah menganjurkan majlis taklimat kesedaran mengenai niungan


Sunday, July 25, 2010

MAJLIS SELAUTAN BUDI SEGUNUNG INGATAN MERIAH

Datuk TKPK beramah mesra dengan para pegawai


Ketua Kastam Tawau dan Ketua Kastam Daerah Sipitang 
  

Para Ketua Kastam dan Ketua Kastam Daerah bersama-sama 
  
Para pegawai bersedia menikmati jamuan 


Majlis turut disajikan dengan tarian tradisi negeri sabah  
Y.Bhg Datuk turut menghiburkan dengan lagu nostalgik AYAH

Majlis perpisahan  sempena meraikan kenaikan pangkat Y.Bhg Datuk Md Yusop Bin Hj Mansor yang diberikan amanah untuk menjawat jawatan salah satu daripada tiga jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia, meriah. Dengan berkonsepkan majlis santai, manakala makanan dan hidangan disediakan oleh warga sendiri memberi gambaran bahawa warga JKDM Sabah ' rela dalam terpaksa' melepaskan Y.Bhg Datuk untuk menyeberang Laut China Selatan. Apa tidaknya, dalam tempoh singkat 'warga Sabah kedua' jadi pengarah itu telah banyak membawa pembaharuan dan catatan kejayaan kepada JKDM Sabah.

Sementara itu, dalam mengenang jasa dan budi beliau, setiap stesen telah masing-masing menghadiahkan berupa pelbagai barangan dan replika. JKDM Sipitang menghadiahkan replika gasing yang menjadi identiti  daerah ini. 

Sementara itu, Tuan Janatan Binbang sebagai pemangku PKN dalam ucapan beliau berterima kasih atas kehadiran pelbagai pihak termasuk Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Mohammad Hatta Abd Aziz dan lain-lain ketau jabatan negeri dan persekutuan. 

Dalam keadaan majlis yang santai pelbagai persembahan dibuat termasuk persembahan tarian  daripada pelbagai etnik oleh kumpulan Quarazon disamping persembahan  nyanyian karaoke oleh kalangan warga dan persembahan video clip yang diusahakan oleh pegawai dari PSM..

Tuesday, July 20, 2010

KSA JULAI 2010

  PiK Zaini merujuk sumber bacaan semasa menyampaikan taklimat

JKDM Sipitang  terus mengisi ruang yang ada dengan mengadakan sessi KSA yang dibuat secara bergilir oleh anggota di stesen ini. kini tiba giliran PiK Zaini Md Said memberikan KSA berkaitan Perintah Am 103 - Pengikraran Borang Kastam Berkualiti. Daripada pemerhatian semasa program berjalan, ternyata setiap pegawai berpotensi jika terus bakat digilap.

Wednesday, July 14, 2010

DAPATAN PENGAUDITAN SISTEM PUNGUTAN HASIL JKDM SIPITANG - CEMERLANG


Kerja-kerja pengauditan sedang dijalankan oleh para 
pegawai dari Jabatan Audit Negara

Pengauditan yang dibuat oleh para pegawai dari Jabatan Audit Negara keatas sistem pungutan hasil yang dilakukan pada 7.7.2010 lalu mendapati, JKDM Sipitang telah menjalankan sistem perakaunan dan dokumetasi dengan cemerlang apabila pihak audit sendiri memberitahu dalam ceramah yang dianjurkan di Kota Kinabalu pada 12 Julai lalu. 

Ini merupakan kali pertama sebuah stesen pungutan hasil kastam yang diaudit mendapati pengauditan sistem pungutan hasil berada di tahap cemerlang. Menurut sumber Jabatan Audit, satu surat penghargaan akan dikeluarkan oleh pihak berkenaan dalam masa terdekat.

Ini memberikan semangat kepada semua warga di JKDM Sipitang untuk melaksanakan tugas dengan lebih gigih di masa depan.

KEBAKARAN: APA ANDA PERLU TAHU?

Catatan Taklimat oleh pegawai Bomba Sipitang kepada anggota JKDM Sipitang


kebakaran berlaku apabila ada tiga unsur
- Oksigen
-Nitrogen, dan
-api


cara kerebakan api
-terus menerus
-ulah haba
-pengaliran
-berkembangan


kaedah Memadam api
-laparkan
-melemaskan
-menyejukkan 


jenis kandungan alat pemadam api
 -carbon dioksida
-serbuk
-Air


jangka hayat tangki


-10 tahun
-isi satu tahun (mesti diperiksa)


Cara gunakan alat
-goncangkan tong untuk mengelakkan penyebatian
-tarik pin pengunci
-pegang muncung hos dan tujukan  ke arah api
-berdiri dari punca angin bertiup
-tekan picu penyembur tepat dan halakan ke arah api sehingga api padam

Tuesday, July 13, 2010

WARGA JKDM SIPITANG MENDAPAT PENDEDAHAN PENGGUNAAN PEMADAM API

Sipitang-14.7.2010 Rabu. Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Sipitang telah diundang bagi mengadakan taklimat dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api. Pihak Bomba dan Penyelamat telah menghantar tiga anggota iaitu Pegawai Bomba Encik Kamarul, Pegawai Bomba Encik Sairi dan Pegawai Bomba Encik Saiful telah membantu membuat demostrasi cara-cara memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api. JKDM Menumbok dan Ko-Nelayan Sipitang juga dijemput sama menghadiri taklimat tesebut. Dalam taklimatnya encik Kamarul telah menjelaskan beberapa aspek mengenai kebakaran antaranya punca kebakaran, jenis-jenis api dan cara-cara dan teknik mengawal kebakaran. Dalam taklimat ini adalah didapati ia amat berguna bukan sahaja bagi keselamatan pejabat tetapi juga keselamatan domestik khususnya  dirumah atau dapur dan kawasan dimanaapi menjadi sebahagian daripada aktiviti kehidupan harian.
Encik Kamarul dari Bomba dan Penyelamat Sipitang sedang memberi taklimat

PiKK Jaimin sebagai emcee dan mempersilakan PB Kamarul memberikan taklimat
PB Kamarul sedang menyampaikan taklimat


Ketua Kastam Daerah dan PiKK Pentadbiran khusyuk medengar taklimat

Warga bomba tekun mendengar taklimat

taklimat dan demo
Kakitangan pejabat Ko-Nelayan dilibatkan sama dalam taklimat

Ketua Kastam Daerah meyampaikan ucapan terima kasih bagi pihak JKDM Sabah

Persediaan demo penggunaan pemadam api
               
Anggota JKDM memberi penuh perhatian sebelum demo 
Persediaan demo oleh pihak Bomba
Kenderaan pihak bomba yang membawa pegawai dan alat demo

Pegawai Bomba En. Saiful sedang menyediakan alat demo

Ketua Kastam Daerah mencuba kepakaran memadamkan api

PiK Zaini sedang memadamkan api


PiKK Rosli wakil JKDM Menumbok turut sama mencuba memadam api

Kakitangan jabatan asyik melihat demo

PiKK Jaimin sedang mencuba memadamkan api

PiKK Said berusaha memadamkan api yang marak

Serbuk daripada alat pemadam api

PiK Ayub sedang cuba memadamkan api

Warga JKDM dan Bomba berbincang mengenai demonstrasi


Ketua Kastam Daerah Sipitang, tuan Harith Rahim semasa memberi ucapan telah memaklumkan bahawa taklimat hari ini turut dihadiri oleh kakitangan dari pejabat Ko-Nelayan dan juga dua orang anggota dari JKDM Menumbok. Melalui aktiviti ini juga dapat merapatkan hubungan antara agensi dan kakitangan terlibat. Taklimat dan demonstrasi ini dibuat adalah ekoran daripada saranan pihak Jabatan Audit yang mana setiap pegawai sekurang-kurangnya mendapat pendedahan mengenai langkah-langkah mencegah kebakaran. Selesai taklimat satu demosntrasi diadakah dan latihan menggunaan alat ditunjukkan.

TAKLIMAT AKAUNTAN NEGARA DAN JABATAN AUDIT KEPADA WARGA JKDM SABAH

  
Ketua Penolong Pengarah Audit Sabah Tuan Pg Amir Pg Omar
menyampaikan ceramah beliau



Tuan Irvin Mohammad penceramah dari jabatan Akauntan Negara Malaysia cawangan Sabah
sedang menyampaikan ceramah beliau


 
Para pegawai  yang hadir dalam ceramah termasuk anggota dari JKDM Sipitang

 
 Antara pegawai kanan yang hadir


Ketua Kastam daerah Menumbok dan Ketua CDN Keningau Tuan Abd Rauf Ag Besar

Pihak pengurusan JKDM Sabah telah mengadakan sessi perbincangan dengan pihak Jabatan Audit dan Jabatan Akauntan Negara bagai mengatasi pelbagai masalah yang timbul berkaitan dengan kawalan kawangan dan pungutan hasil jabatan. Jabatan Audit Negara telah diwakili oleh ketua Penolong Pengarahnya, Tuan PengiranAmir Bin Pg Omar, manakala Jabatan Audit Negara di wakili oleh Penolong Kanan Pengarah Tuan Irwin Mohamad. Dalam ucapan alu-aluannya Pemangku Pengarah JKDM Sabah, Tuan Hj Janathan Binbang memuji usaha yang dilakukan supaya setiap masalah yang timbul dapat dibincang untuk kebaikan bersama.