Monday, March 29, 2010

KETUA-KETUA JABATAN HADIR TAKLIMAT GST DI DEWAN PERPUSTAKAAN SIPITANG

Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri didaerah Sipitang, hadir satu taklimat GST yang telah disampaikan oleh Ketua Penyelaras GST negeri Sabah, Penolong Kanan Pengarah Kastam II, LTA Kota Kinabalu, Tuan Madrim Tassan, di dewan Perpustakaan daerah Sipitang.

Antara ketua-ketua jabatan yang hadir adalah Penolong Pegawai Daerah  Encik Ariffin Rukot, Ketua Daerah Tuan Haji Ariff Ismail. selain wakil ketua-ketua jabatan. Dalam taklimat ini tuan Madrim menjelaskan mengenai penghapusan dua akta yang berkuatkuasa iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan, dan digantikan dengan GST. dua akta berkenaan pada ketika ini mengenakan kadar cukai antara 5 - 10% manakala GST yang menggantikan akan mengenakan cukai 4% sahaja.

Tuan Madrim memohon kepada semua yang hadir dapat menyampaikan maklumat yang diberikan kepada semua rakan dan sahabat yang tidak dapat hadir dalam taklimat hari ini, supaya semua pihak kan dapat memahami hasrat kerajaan mengenakan cukai yang disamping memberi kefahaman yang mendalam kepada masyarakat bagi mengekakkan diputarbelit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Thursday, March 18, 2010

WHAT IS GST ( GOODS AND SERVICE TAX )

The government will introduce a new indirect tax namely Goods and Service Tax or GST in short, to replace the existing laws or Act namely Sales Tax 1972 and Service Tax 1975, which these two existing laws have two diffrent rate where sales tax charge at 5 -10% rate of duty while service tax charge at the rate of 5%.Under the new tax regime (GST) is charge at a rate of 4%  By adopting the new laws, the latter will be revoked by parliament.

Some confusion arise amongst the public about the new tax regime that the government will introduce. Consumer association is not excluded in this problem. Among others the public  is thinking that GST will be a new tax that will be bear by the 'rakyat'. No, it's wrong totally. In fact, GST will replace the two existing laws and GST will charge at a much lower rate than the existing laws.

Majority of the public did not realize that, under the existing laws tax are paid indirectly  by the manufacturer, when a manufacturer  is selling his or her product to a buyer mainly the trading arm. So when the consumer good is sold to the buyer or the end consumer, the seller is charging all the tax paid to the manufacturer by adding certain amount in his or her selling price. So thats why, the elements of tax is latent when a consumer is buying consumer products.

Under GST, tax is not collected at multi  level, and instead  every input tax  is claimed by each level of  good sold, and tax is only collected when consumer is buying any taxable goods, and the amount of tax will be shown in every transaction by consumer.

Will there be rise in price of goods or otherwise under GST? Logically, when rate of tax is reduced from 5-10% to 4%, the price of goods will certainly be lower instead of rise. For instance under current tax regime if a consumer is purchasing a set of sofa valued at RM1000. which attract of 10% sales tax, a buyer or consumer will have to pay RM 100. of  sales tax.  But under GST if the same products with the same is purchased, a consumer will have only to pay 4% tax which is equivalent to RM 40. Logically, which is better paying under sales tax or under GST. 

Among ASEAN countries, only Malaysia, Brunei and Myanmar is not adopting GST and  in the world most countries including third world countries have adopted GST.


















Tuesday, March 16, 2010

TAKLIMAT GST KEPADA MASYARAKAT DI DAERAH SIPITANG 30.3.2010

Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah, akan mengadakan taklimat GST ( Goods and Service Tax ) kepada masyarakat di daerah Sipitang pada 30.3.2010. Taklimat ini akan diadakan di dewan Tokong Cina di Tanjung Pagar pada jam 2;00 petang.

Kumpulan sasar dalam taklimat peringkat pertama ini adalah terdiri daripada golongan peniaga khususnya ahli-ahli Dewan Perniagaan Tiong Hua daerah Sipitang dan ketua-ketua Jabatan dan anggota jabatan kerajaan di daerah Sipitang.

Dalam menganjurkan majlis ini, beberapa pihak akan dilibatkan serta antaranya, Dewan Perniagaan Tiong Hua Sipitang, Ahli Dewan Undangan Negeri N28 Sindumin, Pejabat Pemipin Kemajuan Rakyat Sindumin, dan Pegawai Daerah dari Pejabat Daerah Sipitang, selain Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Penerangan Sipitang selain Majlis Daerah sendiri.

Taklimat  dijangka dikendalikan oleh ahli jawatankuasa  penyelaras GST Sabah, Penolong Kanan Pengarah II, Tuan Madrim Bin Tasan.Antara lain taklimat ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat didaerah ini, berkaitan dengan sistem pencukaian baru yang akan memansuhkan cukai jualan dan cukai perkhidmatan dengan pembatalan dua buah akta berkaitan apabila akta GST diperkenalkan.

Taklimat ini antara lain memberi peluang kepada rakyat khususnya pengguna di daerah ini, mengenai pelaksanaan sistem pencukaian dan mengwar-warkan kepada masyarakat. Sistem pencukaian baru GST dijangka dilaksanakan dalam bulan Julai 2011, menggantikan Akta Cukai Jualan 1972 dan Akta Cukai Perkhidmatan 1975, yang mana kedua-dua akta ini mempunyai kadar cukai berbeza-beza iaitu antara 5% hingga ke 10 % kadar cukai berbanding GST yang hanya mengenakan cukai secara 4% sahaja..

PENGURUSAN JKDM BERKAMPUNG 3 HARI BERMESYUARAT

 Gambar atas Datuk Hj Md Yusop Hj Mansor sedang mempengerusikan perjalanan mesyuarat dan diapit oleh dua timbalan beliau.

Ketua-Ketua Kastam Daerah Kudat, Keningau dan Sipitang

Pengurusan tertinggi JKDM Sabah termasuk Ketua-Ketua Kastam Sandakan, Tawau dan Lahad Datu dan Ketua Kastam Daerah Kudat, Keningau, Sipitang dan Menumbok, berkampung di Kota Kinabalu selama tiga hari dalam siri mesyuarat Pengurusan JKDM 1/2010. Dalam mesyuarat ini, pihak pegurusan JKDM Sabah akan membincangkan perkara-perkara yang akan melibatkan hala tuju jabatan selain perkara-perkara yang berkaitan dengan pungutan cukai dan unjuran pungutan cukai 2010.

Sunday, March 14, 2010

KETUA KASTAM DAERAH SIPITANG DAN WARGA HADIR KE MAJLIS MAULID

Ketua Kastam Daerah bersama Y.B ADUN Sindumin Tuan Hj Ahmad Bujang

Ketua Kastam Daerah Sipitang bersama warga hadir ke sambutan Maulidurasul peringkat daerah Sipitang pada Isnin 15.3.2010. Perarakan berjalan kaki dari kawasan lapang Pejabat Bomba daerah Sipitang menuju ke Dewan Serbaguna didahului  oleh Y.B Tuan Haji Ahmad Haji Bujang, ADUN N28 Sindumin dan Pegawai Daerah Sipitang Tuan Abd Wahab And Hamid. Perarakan dimulai jam 8 pagi dan disertai lebih 1000 orang yang terdiri daripada pelbagai pihak seperti kakitangan jabatan-jabatan kerajaan, persatuan dan wakil daripada kampung termasuk masjid di daerah Sipitang.

Bersama sebahagian daripada ketua-ketua jabatan kerajaan di Sipitang


PiKK Pentadbiran JKDM Sipitang hadir sama

  
Ketua Kastam Daerah Sipitang, Ketua Daerah OKK Hj Ariff Ismail, Pen. Peg Daerah Sipitang. En Arifin Rukot dan encik Yassin Omar Pegawai Belia Sipitang Kontingen-kontingen yang mengambil bahagian dalam perarakan

Thursday, March 11, 2010

JKDM SABAH KEARAH 5S - LAWATAN KE SPR SABAH SEBAGAI TANDA ARAS

Ketua Kastam Daerah Sipitang dan Ketua Kastam Daerah Keningau 
 
Sistem kualiti 5S akan dilaksanakan di JKDM Sabah, lawatan penandaarasan telah dibuat di pejabat SPR negeri Sabah pada 10.3.2010 yang di ketuai oleh Puan Hajjah Norizam Hj Zakaria, Penolong Kanan Pengarah Kastam I, Pengurusan Sumber Manusia, dan disertai oleh 30 orang pegawai dari semua stesen kastam di Sabah. Dari JKDM Sipitang, diwakili oleh Tuan Harith Rahim, Tuan Hj Said Hamid dan Encik Zaini Mohd Said. Taklimat dan lawatan  ke semua bahagian di SPR menambahkan lagi kefahaman mengenai konsep dan pelaksanaan sistem 5S

Wednesday, March 10, 2010

PERHIMPUNAN SETIA JKDM MAC 2010

Perhimpunan Setia bagi bulan Mac diadakan pada 10 mac di dewan sSri Bayu, Plaza Tanjung Aru Kota Kinabalu. Pelbagai perkara ditonjolkan dalam program hari ini antaranya tayangan video clip, pemberian cendera hati kepada yang menyambut hari kelahiran, acara pemotongan kek selain ucapan dan amanat pengarah kastam negeri sendiri.

PKN sedang menyampaikan ucapan
  
 Barisan Pegawai Kanan Yang hadir



     Pegawai yang meraikan hari lahir




PKN dan TPKN serta PKPK 1 Siasatan 
 
Datuk Hj Md Yusop Hj Mansor, dalam ucapannya menyeru semua pegawai memelihara diri daripada kemudharatan yang membawa bencana kepada diri, keluarga dan jabatan. Selain itu, beliau juga memberi ingatan supaya semua pegawai berhemah dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Beliau juga menyeru supaya semua pegawai dapat menghayati slogan jabatan anda ceria kami gembira. semua peringkat pegawai  mengelakkan mengamalkan sikap 'CPU' dan dalam zon selesa.CPU merujuk kepada " complacent, passive dan unperforming " Selanjutnya dalam suasana ramah mesra beliau juga menekankan 'enggagement' kepada semua pegawai baru. Beliau selanjutnya menyampaikan inti pati MAPPA bersama Perdana Menteri yang diadakan di Pusat Konyensyen Antarabangsa, Kuala Lumpur.

Tuesday, March 9, 2010

NATIONAL SINGLE WINDOW IS ON THE RUN

sessi soal jawab




Ketua KastamDaerah Spitang bersama Ketua KAstam Daerah Keningau, antara yang hadir
   
Peserta dari sektor swasta dan JKDM
Jamuan makan tengahari 

A half day seminar was conducted by DagangNet at Le Meridien  hotel in Kota Kinabalu. The seminar was attended by business sector as well as customs officers which was headed by  state customs deputy director Tuan Abdullah Zawawi abd Latiff. In the seminar, DagangNet giving their hope for support from various sector of business community especially small businesses  and import export related sector. NSW is a way forward by Dagang Net as a service provider towards ASEAN or regional single window

Friday, March 5, 2010

MAKAN MALAM DISAJIKAN DENGAN PERTUNJUKAN TARIAN KEBUDAYAAN SABAH

Para peserta kursus At Clearance and Post Clearance Audit  yang diadakan di AKMAL Wilayah Sabah dari 1 - 5 Mac, telah mengadakan makan malam bagi menjamu para pensyarah yang didatangkan daripada JICA dan Japanese Customs, di Restoran Nelayan, di Bukit Padang, dambil menikmati jamuan makan malam, mereka juga di sajikan dengan persembahan tarian tradisi rakyat Malaysia seperti tarian joget - Melayu, tarian Kipas-Tiong Hua, Tarian Sumazau - Kadazan Dusun, dan tarian Mangunatip - Murut. Para tetamu pada malam itu begitu terhibur dengan persembahan yang diadakan selain berpuas hati dengan menu makanan yang dihidangkan.

TAMAT KURSUS PENGURUSAN RISIKO

Group photo session

Group discussion

Project Presentation by group members Puan Janet Boyou
Closing ceremony back drop 
  Participants

Closing ceremony officiated by Dato Govinden Mutosamy, 
Director Of Technical Division Putrajaya

Tuesday, March 2, 2010

PERTAMA JADI PANEL PTK DISABAH

Penolong Pengarah Kastam JKDM Sipitang, yang juga Ketua Kastam Daerah Sipitang, dilantik menjadi panel PTK bagi pusat PTK Kota Kinabalu, bagi gred W41 di Kota Kinabalu, bagi penilaian yang  berpusat di Kota KInabalu dari 1 - 2 Mac 2010. Ini merupakan pengalaman pertama dilalui, dan kesempatan diambil untuk meningkatkan kemahiran selaku panel yang diberikan tanggungjawab yang besar oleh JKDM.  

Memandangkan kepada ini adalah siri pertama PTK diadakan di Sabah, pemilihan Tuan Harith Rahim sebagai panel merupakan pengikhtirafan jabatan terhadap warga JKDM di Sabah. Terdapat empat orang panel yang terdiri daripada seorang ketua dan tiga ahli. Selain Tuan Harith Rahim, Puan Noraini Abd Khalid, PKPK II dari PSM, Ibu Pejabat Putrajaya selaku ketua Panel, manakala ahli lain adalah  terdiri daripada Puan Aziah yang juga dari Ibu Pejabat Putrajaya, seorang  PPK  dan Puan Ramizah Bee Salleh juga seorang PPK dari Pulau Pinang.

KETUA KASTAM DAERAH SIPITANG HADIR KURSUS RISK MANAGEMENT ON PRE AND POST CLEARENCE

Ketua Kastam Daerah Sipitang, Tuan Harith Rahim sedang menghadiri kursus "Risk Managemant On Pre and Post Clearance Of Goods" di AKMAL Wilayah Sabah, dari 1 Mac - 5 Mac 2010, di Menggatal Kota Kinabalu. Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Perkhidmatan Teknik Ibu Pejabat Putrajaya, dengan kerjasama kerajaan Jepun melalui JCI. Dalam kursus ini para peserta didedahkan mengenai teknik-teknik mengenai pengurusan risiko berhubung dengan pengimport dan pengeksport.

Tenaga pengajar adalah terdiri daripada kalangan 'expert' Kastam dari negara Matahari Terbit. Walaupun sedikit kesukaran memahami ceramah yang disampaikan disebabkan oleh komunikasi menggunakan bahasa Inggeris berslanga Jepun, namun kekuatan semangat dapat membantu memahami intipati kursus yang dijalankan.

Peserta kursus terdiri dari pelbagai gred dari W22 hingga ke gred W48 dan para peserta datang dari seluruh negara, seperti Ibu Pejabat Kuala Lumpur, Sarawak, W.P Labuan selain semua bahagian dan semua stesen Kastam Di  Sabah. Aregato Kuzaimasta.